Utusan Borneo (Sabah)

Loji Air Beluran siap 44 peratus

Dijangka beroperasi sepenuhnya pada Ogos tahun depan

-

SANDAKAN: Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Beluran di Kampung Muanad yang menelan belanja lebih RM32 juta kini telah 44 peratus siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Ogos tahun depan.

Loji ini akan menyalurka­n bekalan air terawat kepada beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum iaitu Jaya Bakti, Memanjang, Satura serta tempat persekitar­an selain kawasan lain di daerah Beluran, apabila beroperasi nanti.

Projek pembinaan loji ini telah bermula pada Mac 2016 dan siap September tahun ini.

Kerja belum dapat diselesaik­an dalam tempoh berkenaan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah meninjau perkembang­an pembinaan loji berkenaan.

Beliau telah diberi taklimat berhubung projek dan sebab kelewatan dalam pembinaan loji rawatan air oleh Jurutera Jabatan Air Bahagian Sandakan Hamirul Ariffin.

Loji Rawatan Air Beluran itu dijangka beroperasi 16 jam sehari dan mampu memproses serta merawat air minuman sekitar 6 MLD.

Zakaria telah mengadakan tinjauan ke tapak projek setelah menerima laporan daripada penduduk kampung bahawa pemasangan paip telah siap tetapi bekalan air masih belum disalurkan ke kampung mereka.

Beliau telah meminta pihak Jabatan Air Negeri agar mempercepa­tkan kerja pembinaan supaya penduduk kampung yang terlibat dapat menikmati bekalan air terawat.

“Buat masa ini, penduduk di Kampung Jaya Bakti, Memanjang, Satura serta kawasan persekitar­an bergantung kepada air hujan dan air perigi untuk kegunaan harian mereka. Kerajaan telah memberi tangki bagi memudahkan mereka menyimpan bekalan air,” katanya.

Dalam pada itu, Zakaria turut menghadiri sesi dialog bersama penduduk di Kampung Jaya Bakti pada petang hari yang sama.

Sesi dialog bertujuan membolehka­n penduduk kampung mengemukak­an pertanyaan dan mendapat maklum balas daripada pegawai Jabatan Air, Majlis Perbandara­n Sandakan dan juga Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Hadir sama ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyrakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat Gum Gum Rosly Aziz dan pemimpin masyarakat setempat.

Buatmasain­i,pendudukdi­KampungJay­a Bakti, Memanjang, Satura serta kawasan persekitar­an bergantung kepada air hujan dan air perigi untuk kegunaan harian mereka. Kerajaan telah memberi tangki bagi memudahkan mereka menyimpan bekalan air.

DATUK ZAKARIA HAJI MOHD EDRIS Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? ZAKARIA (kiri) mendengar taklimat daripada Hamirul semasa tinjauan beliau ke projek pembinaan Loji Rawatan Air Beluran.
ZAKARIA (kiri) mendengar taklimat daripada Hamirul semasa tinjauan beliau ke projek pembinaan Loji Rawatan Air Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia