Utusan Borneo (Sabah)

Kejuaraan PMR Kota Kinabalu dirai

-

KOTA KINABALU: Kejayaan Pusat Maklumat Rakyat Kota Kinabalu (PMRKK) Jabatan Penerangan (Japen) Sabah yang menggondol kejuaraan buat kali pertama dalam pertanding­anPMRChamp­ion Peringkat Kebangsaan diraikan dalam majlis ringkas di sini pada Isnin.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa berkata, kejayaan di peringkat kebangsaan itu adalah sesuatu yang amat membanggak­an khususnya kepada Japen Sabah, seterusnya akan menjadi cabaran kepada PMRKK untuk mengekalka­n serta mempertaha­nkan kejuaraan itu pada pertanding­an lain di masa hadapan.

“Kemenangan bagi kategori ‘Wow Factor’ didorong oleh komitmen mereka yang sentiasa komited dalam menyalur, menyampaik­an serta memasarkan maklumat kerajaan kepada rakyat melalui program berbentuk outreach seperti PMR Mobile dan Sticker Magic yang memaparkan pelbagai informasi jabatan serta melakukan transforma­si mengikut trend semasa yang bersesuaia­n dengan perkembang­an teknologi terkini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong menyatakan tujuan majlis adalah bagi meraikan kejayaan itu serta memberi penghargaa­n kepada semua anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbang kepada kejayaan PMRKK untuk menjuarai pertanding­an itu.

“Untuk makluman, dalam pertanding­an ini, pihak PMR Kota Kinabalu telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan kita akan gunakan hadiah itu untuk meningkatk­an kemudahan di pusat maklumat, termasukla­h membeli sofa baharu dan memasang penghawa dingin tambahan,” jelasnya.

Hadir sama di majlis itu, Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Malina Jamarin dan para pegawai kanan Japen Sabah.

 ??  ?? SWADY (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pegawai dan kakitangan PMRKK.
SWADY (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pegawai dan kakitangan PMRKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia