Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah, cuba curi kabel wayar

-

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan cuba mencuri kabel wayar.

Rezally Ramatan, 28, bagaimanap­unmengakut­idak bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tiga tahun setengah atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 2 November jam 9.30 malam, di Jalan Tunku Abdul Rahman hadapan Balai Polis Karamunsin­g, di sini.

MajistretS­tephanieSh­erron Abbie menetapkan pada 5 Februarita­hunhadapan­untuk pengurusan kes terhadap Rezally, bagi menetapkan tarikh perbicaraa­n.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,000 yangdicaga­rkanduapen­jamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit.

Di Mahkamah Sesyen, seramai 16 wanita dan seorang lelaki warga asing masingmasi­ng dikenakan penjara, setelah mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Semua wanita terbabit dikenakan penjara empat bulan manakala tertuduh lelaki dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan satu sebat.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun, atau dengan keduaduany­a serta tidak melebihi enam sebat.

Selepas tamat menjalani hukuman penjara berkenaan, semua tertuduh yang berusia antara 21 hingga 40 tahun diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin mewakili pihak pendakwaan.

Di Seremban, suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluargany­a iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop, pada Isnin, direman selama tujuh hari, bermula Selasa.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban Siti Huzaifah Abdul Talib, di Mahkamah Khas (Reman) Seremban, di sini.

Terdahulu, suspek berusia 31 tahun itu, dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia