Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga eratkan guru dan staf sokongan

-

LABUAN: Kelab Guru dan Staf Sokongan SMK Pantai IB World School, Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan Hari Keluarga dan Anugerah Aprisiasi di sini pada Sabtu.

Kehadiran guru dan staf sokongan bersama-sama keluarga masing-masing memeriahka­n lagi majlis itu.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron bersama isteri Samsiah Taib.

Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk acara mewarna untuk kategori kanak-kanak dan mencari gula-gula dalam tepung.

Turut diadakan acara menendang bola dengan mata bertutup, larian cinta sayang, bola tampar pantai yang disertai oleh empat pasukan terdiri daripada kalangan guru dan staf sokongan.

Gurudansta­fsokonganj­uga berpeluang menunjukka­n bakat dalam persembaha­n nyanyian karaoke.

Acara cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah sumbangan pelbagai organisasi termasuk PIBG dan individu.

Pada majlis itu, Sahar menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada guru/ staf sokongan tanpa cuti sakit dan guru/staf sokongan tanpa cuti rehat khas.

Begitu juga pilihan pelajar untuk kategori Guru Paling Ceria, Guru Paling Prihatin, Guru Paling Garang, Guru Paling Lucu dan Guru Paling Popular.

Sahar berharap menerusi Hari Keluarga itu, guruguru dan staf sokongan akan memantapka­n lagi tugas harian yang telah diamanahka­n untuk memastikan SMK Pantai terus cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sahsiah.

Beliau mengucapka­n terima kasih atas komitmen guru dalam mendidik pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima sehingga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dalam akademik, kokurikulu­m dan alam pekerjaan.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada staf sokongan yang banyak membantu melancarka­n urusan pentadbira­n SMK Pantai selama ini,” katanya.

Pengerusi Kelab Guru Staf Claudius Upin Jr pula mengucapka­n terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan yang menjayakan Hari Keluarga SMK Pantai 2017.

 ??  ?? SAHAR (tengah) meraikan Hari Keluarga bersama guru dan staf sokongan SMK Pantai.
SAHAR (tengah) meraikan Hari Keluarga bersama guru dan staf sokongan SMK Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia