Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam Sabah masih berpegang kepada prinsip,nilai murni

-

TELUPID:Penjawat awam negeri di Sabah masih percaya dan berpegang kepada prinsip dan nilai murni dalam melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab, kata Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Datuk Nordin Siman.

Menurut beliau sejak akhirakhir ini banyak diperkatak­an mengenai isu yang melibatkan integriti terutamany­a dalam kalangan penjawat awam.

Katanya isu penyalahgu­naan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewen­gan walaupun dilakukan oleh segolongan kecil namun ia mempunyai kesan negatif kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini.

“Pada hakikatnya sebahagian besar penjawat awam masih percaya dan berpegang kepada prinsip dan nilai murni dalam melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab dengan memberi perkhidmat­an terbaik kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Program Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n Penjawat Awam Negeri Daerah Telupid, Ranau dan Tongod di sini, pada Selasa.

Nordin berkata pihaknya telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk memantapka­n integriti dalam kalangan penjawat awam.

Katanya aktiviti serta usaha yang dimaksudka­n iaitu melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan menandatan­gani dokumen integriti termasuk di peringkat daerah Telupid, Tongod dan Ranau.

Beliau berkata ilmu dan pengetahua­n tanpa adanya nilai budaya intergriti tentunya tidak akan menjaminka­n kemakmuran pembanguna­n dan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Marilah kita sama-sama berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan menerapkan nilai budaya integriti dalam diri kita tanpa mengharapk­an balasan atau imbuhan daripada pihak-pihak yang memerlukan perkhidmat­an kita,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia