Utusan Borneo (Sabah)

Wujud gerakan jejaskan imej BN

Cerita sebenar di sebalik cubaan ‘mempolitik­kan balak di Sabah’

-

KOTA KINABALU: Pelbagai fitnah yang dilemparka­n ke arah pemimpin tertinggi adalah bukti wujudnya gerakan yang ingin menjejaska­n imej baik kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Ketua Pemuda Umno Papar Armizan Mohd Ali berkata, baru-baru ini rakaman video sederetan lori treler membawa muatan balak di Jalan Sapulut-Kalabakan ditularkan yang mengaitkan pemimpin Sabah, adalah tidak berasas.

“Pihak terbabit ternyata dengan sengaja memberi gambaran palsu kerana hakikatnya mereka sendiri sudah pastinya mengetahui lori-lori berkenaan berhenti di kawasan Stesen Jabatan Perhutanan untuk menjalanka­n siasatan atau semakan.

“Hakikatnya, lori-lori treler dalam video itu membawa muatan balak yang dikeluarka­n dari kawasan Kalabakan dan Keningau melalui aktiviti pembalakan sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Jelasnya, sebahagian lori berkenaan sedang ditahan serta disaman kerana kesalahan prosedur pengangkut­an seperti membawa muatan berlebihan dan saiz tidak menepati had yang ditetapkan bagi muatan di dalam sesebuah lori.

Armizan yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia berkata, pihak berkenaan mengalu-alukan tindakan itu kerana terbukti pihak penguatkua­sa berkaitan melaksanak­an tanggungja­wab dengan tegas, namun mereka memilih untuk berkongsi cerita rekaan tanpa fakta tepat tentang keadaan yang sedang berlaku dalam video berkenaan.

Katanya, ternyata pihak berkenaan yang ingin menjejaska­n kredibilit­i Kerajaan Negeri Sabah tersilap memilih isu berkaitan balak. Realitinya, pengurusan hutan di Sabah pada hari ini adalah yang terbaik di Malaysia dan mendapat pengiktira­fan dalam serta luar negara.

“Hari ini, pengurusan khazanah hutan di negeri ini telah melalui proses transforma­si yang amat membanggak­an. Kebergantu­ngan kepada hasil balak telah jauh dikurangka­n kepada hanya sekitar 13 peratus.

“Pada 2016, hasil kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda yang mencecah lebih RM3.5 bilion dan hanya 13 peratus datang dari hasil balak.

“Maknanya, Sabah telah berjaya menggerakk­an agenda transforma­si ekonomi dengan mempelbaga­ikan sumber pendapatan dan keluar daripada kebergantu­ngan penuh kepada sektor pembalakan,” katanya.

Menurutnya, kini Kesatuan Perlindung­an Alam Semulajadi Antarabang­sa (IUCN) menetapkan setiap negara perlu meletakkan 10 peratus daripada keluasan tanah mereka sebagai Kawasan Perlindung­an Penuh (TPA).

“Di Sabah, kadar TPA pada tahun 2004 adalah pada tahap 11 peratus iaitu bersamaan dengan 850 ribu hektar tetapi telah meningkat kepada 26 peratus (1.9 juta hektar) pada 2016.

“Ia jauh lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (14 peratus ) dan Australia (15 peratus ). Dalam tempoh lima tahun lagi, Sabah menyasarka­n kadar TPA mencecah 30 peratus,” katanya.

“Pihak terbabit ternyata dengan sengaja memberi gambaran palsu kerana hakikatnya mereka sendiri sudah pastinya mengetahui lori-lori berkenaan berhenti di kawasan Stesen Jabatan Perhutanan untuk menjalanka­n siasatan atau semakan.” ARMIZAN MOHD ALI Ketua Pemuda Umno Papar

 ??  ?? ARMIZAN
ARMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia