Utusan Borneo (Sabah)

Aspirasi Negaraku bersama warga SK Sebayan Kudat

- Oleh YUSOP TEPPO

KUDAT: Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) bersama Duta Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Benreza Hezery Uzair telah mengadakan program Warna Warni Aspirasi Negaraku di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebayan, di sini pada Isnin.

Sekolah terletak di kawasan luar bandar itu mempunyai seramai 150 murid.

Alumni KTYS yang diwakili oleh Azliah Khairuddin dan Zaharah Zainal membantu dalam pengisian program itu dengan menyusun aktiviti mewarna serta menulis aspirasi mereka pada kertas yang disediakan.

Aspirasi murid di sekolah itu akan dihantar ke Putrajaya, yang akan disuarakan oleh Benreza.

Antara aspirasi yang dikongsika­n murid di sekolah itu adalah mereka berharap agar mudah ke sekolah dengan jalan raya yang dinaiktara­f serta membina sebuah universiti di luar bandar yang akan memberi peluang kepada mereka mendapat pendidikan terbaik tanpa harus berhijrah ke bandar.

Benreza, pemilik JuaraGym dan Juara Kids Kindergard­en di Kota Kinabalu, menyifatka­n perjalanan­nya ke sekolah itu satu pengalaman yang berharga kerana sekolah itu terletak di pedalaman Sabah dan sekolah kebangsaan pertama dikunjungi­nya selepas dilantik menjadi duta belia TN50 awal tahun ini.

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan SK Sebayan Florina Gabriel berkata sekolah itu masih lagi serba kekurangan dan memerlukan lebih banyak bantuan dari segi penambahba­ikan bangunan dan alat bantu mengajar.

SK Sebayan merupakan antara 58 sekolah rendah sekitar daerah Kudat yang terpilih untuk lawatan program aspirasi TN50.

Murid yang bersekolah di sini berasal dari tujuh perkampung­an berdekatan dengan kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sebagai nelayan dan petani.

Sekolah ini mempunyai kemudahan asrama siap dibina pada Ogos lepas dan mampu menampung sehingga 60 murid di mana, bangunan asrama itu telah disumbangk­an oleh sebuah institusi kewangan.

Asrama ini menempatka­n murid yang tinggal jauh disebabkan terpaksa berjalan kaki sejauh 7 kilometer untuk pergi ke sekolah dari rumah mereka.

Disebabkan kekurangan kemudahan asas, asrama ini pada masa sekarang menempatka­n 30 murid.

 ??  ?? WARGA SK Sebayan bersama Benreza pada Program Warna Warni Aspirasi Negaraku.
WARGA SK Sebayan bersama Benreza pada Program Warna Warni Aspirasi Negaraku.
 ??  ?? BENREZA ketika memberi motivasi dan penerangan mengenai TN50 pada program itu.
BENREZA ketika memberi motivasi dan penerangan mengenai TN50 pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia