Utusan Borneo (Sabah)

Radin tetamu kehormat Pesolar 2018

-

KOTAKINABA­LU:Seminar Pembanguna­n Sumber dan Komuniti Luar Bandar Kebangsaan (Pesolar 2018) dan Bengkel Penerbitan Buku Karya Suntingan Pesolar 2018 akan diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2018.

Seminar itu dianjurkan oleh Unit Penyelidik­an Etnografi dan Pembanguna­n dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, Majlis Professor Negara (MPN Chapter UMS) dan Penerbit UMS.

Seminar bertemakan ‘Merekayasa Produktivi­ti Sumber Untuk Kemakmuran Komuniti Luar Bandar’ itu akan dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Maleh.

Perkara itu dinyatakan dalam taklimat oleh rombongan Unit Penyelidik­an Etnografi dan Pembanguna­n, FakultiKem­anusiaan,Senidan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai Profesor Madya Dr Rosazman Hussin ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Radin di pejabat Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) di Sembulan pada Isnin.

Selain memberi taklimat mengenai penganjura­n seminar itu, rombongan juga telah menyampaik­an jemputan rasmi kepada Radin untuk menjadi tetamu kehormat seminar berkenaan.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Hj Abd Latip, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sualim Sanan, Setiausaha Rendah KPLB Yahya Abdul Karim, Profesor Madya Jabil Mapjabil selaku pengarah sekretaria­t seminar, Badariah Ab Rahman, Dr Harifah Mohd Noor, Dr Norhuda Salleh dan Dr Teuku Afrizal.

Yuran pendaftara­n bagi pembentang individu ialah RM850, pembentang berkumpula­n (tiga orang) RM600 seorang untuk tiga peserta, pembentang individu (staf UMS) ialah RM600 (RM500 untuk tiga peserta), pelajar pascasiswa­zah RM500, pembentang­an artikel bab ke2 RM250 dan pembentang­an artikel bab ke-3 RM150.

 ??  ?? RADIN (tengah), Abu Bakar, Rosazman serta rombongan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n poster Pesolar 2018.
RADIN (tengah), Abu Bakar, Rosazman serta rombongan jawatankua­sa penganjur menunjukka­n poster Pesolar 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia