Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki ditahan dipercayai terlibat kes samun berkawan

-

JOHOR BAHRU: Polis memberkas empat lelaki tempatan dipercayai terlibat sekurang-kurangnya dalam enam kes samun dan curi motosikal di sekitar Gelang Patah dan Iskandar Puteri, sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata seorang daripada mereka ditahan Khamis lepas manakala tiga yang lain pada Ahad.

“Penahanan dibuat selepas Balai Polis Gelang Patah menerima laporan daripada seorang lelaki Rohingya berumur 28 tahun yang bekerja sebagai buruh pada 1.45 pagi, Ahad lepas.

“Lelaki (pengadu) itu mendakwa dia bersama tiga rakan yang tinggal di sebuah rumah ubah suai di sekitar Gelang Patah didatangi empat lelaki bersenjata­kan besi dan pisau pada 1.15 pagi, hari sama, lalu memaksanya menyerahka­n barang berharga,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

Noor Hashim berkata seorang daripada suspek kemudian berjaya ditangkap oleh lelaki Rohingya dan rakan-rakannya manakala tigayangla­indapatmel­arikan diri.

Beliau berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis telah menahan tiga suspek yang melarikan diri itu kira-kira 5.25 petang, Ahad lepas di kawasan ladang sawit di Gelang Patah.

Katanya, polis merampas pelbagai barangan hasil samun dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun termasuk satu beg tangan, sebuah kereta Perodua Kancil berserta kunci, sebuah motosikal jenis Honda, dadah jenis syabu dianggar seberat 0.21 gram, satu televisyen 60 inci, satu kipas dinding serta sekeping nombor pendaftara­n motosikal.

Menurut Noor Hashim, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek berumur 21 hingga 28 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam enam kes samun di sekitar kawasan Gelang Patah dan Iskandar Puteri sejak sebulan lepas.Dengantert­angkapnya mereka, polis percaya berjaya menyelesai­kan tiga kes samun bersenjata pisau, satu kes ragut, satu kes curi motosikal dan satu kes pecah rumah,” katanya.

Kesemua suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa bersenjata api.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia