Utusan Borneo (Sabah)

‘Jangan biar emosi kuasai akal’

Ahli Umno diminta jadi mata dan telinga parti

-

TAWAU: Ahli Umno harus terus menjadi mata dan telinga parti bagi mendengar dan menyampai masalah akar umbi agar akhirnya semua dalam keadaan yang harmoni dan saling melengkapi.

Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata segelintir orang takut dan gentar berjuang kerana menganggap berjuang adalah untuk orang politik.

“Ada yang enggan masuk campur dalam perjuangan kerana menganggap pandangan mereka tidak akan diterima. Ada yang menganggap perjuangan hanyalah kerana keuntungan duniawi. Ini semua anggapan yang tidak benar,” katanya.

Jelasnya perjuangan jika diimani roh dan semangat yang sejati, setiap orang akan mengerti dan memahami.

Ia adalah soal tanggungja­wab, survival dan fitrah manusiawi di mana daripada jutaan manusia di dunia, tiada seorang pun yang terkecuali. Perjuangan ialah tanggungja­wab setiap manusia.

“Perjuangan ini bukan milik saya seorang. Ini bukan milik seorang. Ia juga bukan milik pemimpin yang berkuasa tetapi perjuangan ini adalah milik semua orang, ia adalah tanggungja­wab setiap daripada kita untuk mewariskan kesempurna­an ini kepada generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an Memasak dan Membuat Kuih anjuran pergerakan Wanita dan Puteri Umno Tinagat Apas Laut.

Dalam pada itu, Nizam meminta generasi muda khususnya ahli Puteri Umno jangan terpengaru­h dengan membiarkan emosi menguasai akal rasional mereka.

“Jangan sandarkan masa depan kepada perjuangan yang kelam tapi teruslah berpegang teguh dan berpaut pada parti Umno dan mengibarka­n panji Barisan Nasional (BN) kerana masa depan kita bukan untuk diperjudik­an tapi ia adalah hadiah kita kepada anakanak.

“Pilihan Raya Umum Ke14 adalah satu pilihan raya yang sangat mencabar bukan kerana parti lawan lebih hebat daripada kita tetapi kerana sebahagian daripada kita punya dua hati. Sebab itu minda BN menang mesti jadi lagu kita,” katanya.

“Perjuangan ini bukan milik saya seorang. Ini bukan milik seorang. Ia juga bukan milik pemimpin yang berkuasa tetapi perjuangan ini adalah milik semua orang, ia adalah tanggungja­wab setiap daripada kita untuk mewariskan kesempurna­an ini kepada ” generasi masa hadapan. DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Naib Ketua Umno Bahagian Tawau

 ??  ?? NIZAM melaungkan slogan ‘Terus Berjuang’ pada majlis itu.
NIZAM melaungkan slogan ‘Terus Berjuang’ pada majlis itu.
 ??  ?? NIZAM menyampaik­an hadiah cabutan bertuah.
NIZAM menyampaik­an hadiah cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia