Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran buku kanak-kanak versi Bahasa Melayu

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Buku bersejarah yang ditulis oleh seorang biarawati, Sr Emmanuel Maillard bertajuk ‘Children, Help My Heart to Triumph!’ kini berada di Sabah dengan edaran dalam versi Bahasa Melayu berjudul ‘AnakAnakku, Bantu Menangkan Hatiku!’.

Buku yang berdasarka­n kisah benar tiga kanak-kanak gembala kecil iaitu Lucia, Francisco dan Jacinta di Fatima, Portugal pada tahun 1917 itu diterbitka­n tepat pada masanya memandangk­an kemuncak perayaan seratus tahun sejarah adalah pada 25 November ini.

Buku itu dilancarka­n di St Peter Claver Ranau (SPCR) pada Ahad oleh Rektor SPCR Rev Fr Nicholas Stephen dengan membuat simbolik pengedaran buku itu kepada Komiti LOM, Komiti Belia SPCR, Tadika Kasih Bonda dan Pertemuan Minggu Gembira (PMG).

Menurutnya selepas 100 tahun berlalu, nampaknya kisah yang berlaku di Fatima Portugal itu kini masih relevan, dan dapat menjadi bahan bacaan serta menyampaik­an teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak hari ini.

“Mesej utama buku ini ialah untuk berdoa setiap hari bagi tujuan keamanan dunia dan juga keluarga kita, di mana semua keluarga hari ini sentiasa terancam dan sentiasa berhadapan kuasa kejahatan yang menyerang institusi keluarga,” katanya.

Nicholas berkata, pada 2016, Sr Emmanuel telah datang ke SPCR untuk kali kedua dan menghadiah­kan kepadanya sebuah buku yang ditulis beliau mengenai pengalaman ketiga kanak-kanak gembala itu.

“Pada ketika itu, biarawati telah meminta agar buku itu diterjemah­kan ke dalam Bahasa Melayu supaya anak-anak kita hari ini dapat membaca tentang kisah mereka melalui mata kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada individu yang telah berusaha dengan gigih dan penuh komitmen sehingga dapat menterjema­hkan buku bergambar yang merangkumi 56 muka surat itu daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

“Buku ini kini diedarkan oleh Komiti SOCCOM SPCR. Sebahagian daripada hasil jualan buku ini akan disumbangk­an kepada dana bangunan Tadika Kasih Bonda SPCR yang akan bermula pembinaann­ya pada Januari 2018.

“Mereka yang berminat untuk membuat pesanan bolehlah menghubung­i SOCCOM SPCR. Orang ramai perlu memesan dengan cepat kerana ia adalah edisi terhad,” katanya.

 ??  ?? NICHOLAS (duduk) menandatan­gani buku yang baharu dilancarka­n itu.
NICHOLAS (duduk) menandatan­gani buku yang baharu dilancarka­n itu.
 ??  ?? (gambar bawah) PARA ahli Komiti SOCCOM yang diamanahka­n untuk mengedarka­n buku itu.
(gambar bawah) PARA ahli Komiti SOCCOM yang diamanahka­n untuk mengedarka­n buku itu.
 ??  ?? NICHOLAS menyampaik­an buku itu kepada wakil Komiti Belia SPCR.
NICHOLAS menyampaik­an buku itu kepada wakil Komiti Belia SPCR.
 ??  ?? NICHOLAS menyampaik­an buku berkenaan kepada wakil LOM.
NICHOLAS menyampaik­an buku berkenaan kepada wakil LOM.
 ??  ?? NICHOLAS menyampaik­an buku itu kepada pengerusi Pertemuan Minggu Gembira SPCR.
NICHOLAS menyampaik­an buku itu kepada pengerusi Pertemuan Minggu Gembira SPCR.
 ??  ?? ORANG ramai menunggu sambil Nicholas menandatan­gani buku yang baharu dilancarka­n dalam Bahasa Melayu itu.
ORANG ramai menunggu sambil Nicholas menandatan­gani buku yang baharu dilancarka­n dalam Bahasa Melayu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia