Utusan Borneo (Sabah)

Pencarian Ratu Ubi 2017 pada 18 November ini

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Pertanding­an Ratu Ubi 2017 kini dibuka untuk penyertaan kepada wanita yang berumur lingkungan 18 hingga 25 tahun dan berasal dari daerah Tongod.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Kuamut Datuk Dasim Ricky Jikah (gambar) berkata pertanding­an itu diadakan bersempena Pesta Ubi Peringkat Daerah Tongod yang akan diadakan pada 18 November ini di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tongod.

Katanya pesta berkenaan akan dirasmikan oleh Presiden PBRS merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata penyertaan dibuka kepada wanita di kawasan Tongod, bumiputera dan warganegar­a Malaysia serta belum berkahwin.

“Antara syarat penyertaan ialah pakaian yang diperagaka­n semasa pertanding­an mestilah pakaian tradisi suku kaum yang terdapat di dalam daerah Tongod sahaja.

“Selain itu, peserta mestilah boleh tertutur dan memahami dialek bahasa Sungai atau bahasa suku kaum sendiri,” katanya.

Dasim berkata peserta mestilah tidak pernah memenangi tempat pertama dalam mana-mana pertanding­an ratu yang diadakan di daerah Tongod termasuk Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri dan juga daerah.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi yang berminat hendaklah hadir pada 17 November untuk sesi pendaftara­n, mengisi borang penyertaan dan kembalikan borang kepada penganjur pada hari yang sama. Sesi raptai turut diadakan pada jam 2 petang hari berkenaan.

Beliau berkata pemenang bagi Pertanding­an Ratu Ubi berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bersama mahkota, jambangan bunga, selempang, piala dan sijil.

Tambahnya, turut diadakan pada pesta berkenaan ialah Pertanding­an Masakan Tradisi berasaskan ubi kayu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia