Utusan Borneo (Sabah)

Gangguan elektrik di Sabah turun

Kepada 89.2 peratus tahun lalu: Maximus

-

KUALA LUMPUR: Pelbagai inisiatif telah dilaksana bagi mengurangk­an gangguan bekalan elektrik di Sabah yang menyaksika­n Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) di negeri itu menurun sebanyak 89.2 peratus tahun lalu berbanding pada 2009.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata antara inisiatif jangka pendek termasuk menubuhkan pasukan petugas untuk mengurangk­an kadar SAIDI di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutua­n Labuan dan melaksanak­an Makmal SAIDI 100 Sabah.

“Makmal ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti isu-isu berkaitan bekalan elektrik di Sabah bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menurunkan tahap SAIDI kepada 100 minit/pelanggan/tahun menjelang 2020,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan­pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN– Tenom) mengenai tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang diambil kerajaan untuk memperkuku­h bekalan elektrik di negeri Sabah dan mengurangk­an gangguan bekalan.

Ongkili berkata antara tindakan jangka panjang pula termasuk menubuhkan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah yang melaksanak­an projek-projek pembekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, sejumlah RM2.22 biliondala­mbentukger­antelah diluluskan bagi melaksana 57 projek melibatkan komponen penjanaan, penghantar­an, pembahagia­n, putus bekalan dan juga kajian hidro elektrik dari 2015 hingga 2020.

“Selain itu pembanguna­n Loji Jana Kuasa Gas berkapasit­i 300MW di Sandakan dan pelaksanaa­n Projek Southern Link yang melibatkan pembinaan talian penghantar­an 275kV sepanjang 390 km dari Kalumpatan­g ke Sipitang,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 41 projek bernilai RM1.41 bilion sedang giat dijalankan oleh pasukan khas bekalan elektrik dengan lima daripadany­a dijangka siap pada tahun ini. - Bernama

 ??  ?? MAXIMUS
MAXIMUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia