Utusan Borneo (Sabah)

Banjir: 27,260 anggota bomba sedia digerakkan

-

SERAMAI 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara bersedia untuk digerakkan dalam operasi menyelamat ketika banjir.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata semua JBPM di peringkat negeri juga telah diminta untuk mengaktifk­an bilik gerakan banjir masing-masing mulai 1 Nov, dan mereka perlu mengemas kini maklumat banjir dua kali setiap hari di kawasan yang dilanda banjir.

“JBPM telah bersedia 100 peratus dengan kekuatan keanggotaa­n, kenderaan atau jentera dan aset logistik merangkumi penyediaan kenderaan marin, kenderaan darat dan pesawat udara yang boleh digerakkan pada bilabila masa.

“Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA) atau Unit SCUBA juga telah bersedia dengan kekuatan anggota seramai 554 orang di seluruh negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BNSekijang) yang ingin tahu tahap kesiapsiag­aan JBPM dalam menghadapi cabaran risiko banjir pada musim tengkujuh yang sedang melanda beberapa negeri dan tindakan serta usaha menyelamat yang telah dilaksanak­an.

Noh berkata JBPM negeri juga diminta memastikan semua peralatan dan kenderaan menyelamat berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan, selain mengenal pasti lebih awal kawasan berisiko banjir, tanah runtuh dan lokasi pusat penempatan mangsa banjir.

Selain itu, JBPM Negeri juga perlu membuat tinjauan dan merangka strategi bagi membolehka­n kerjakerja menyelamat dapat dilaksanak­an dengan lancar dan berkesan.

Mengenai peranan masyarakat dalam menghadapi banjir, Noh berkata persediaan perlu dilakukan di tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir dan masyarakat perlu mendengar arahan yang diberikan oleh anggota pasukan penyelamat.

Beliau berkata pihak berkuasadi­negeri-negerijuga perlu tegas dalam mengambil tindakan bagi memastikan setiap projek pembanguna­n yang dilaksanak­an di negeri masing-masing tidak menyebabka­n berlakunya bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

Noh berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai projek pembanguna­n yang boleh menjadi faktor penyebab banjir dan bencana alam lain. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia