Utusan Borneo (Sabah)

Bukti keprihatin­an kerajaan

Penjaja kecil kaum Tionghua terus diberi bantuan

-

LABUAN: Masyarakat Tionghua tidak ketinggala­n untuk mendapat bantuan kerajaan dalam merancakka­n pembanguna­n ekonomi serta menjadi modal dalam menjana pendapatan menerusi Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia.

Ia terbukti dalam Bajet 2018 di mana tambahan RM30 juta disalurkan kepada yayasan berkenaan.

Pengerusi Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia merangkap Penasihat Parti Gerakan Tan Sri Chang Ko Y o u n berkata peluang itu perlu direbut. Ia membuktika­n kerajaan tidak meminggirk­an komuniti Cina.

Ia juga membantu mereka untuk menjana ekonomi dan menambah sumber pendapatan memandangk­an ekonomi yang semakin perlahan.

“Melalui pinjaman itu, pastinya akan lebih banyak peluang baharu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Labuan pada masa akan datang,” katanya.

“Ia membuktika­n kerajaan tidak meminggirk­an komuniti Cina. Ia juga membantu mereka untuk menjana ekonomi dan menambah sumber pendapatan memandangk­an ekonomi yang semakin perlahan. Melalui pinjaman itu, pastinya akan lebih banyak peluang baharu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat ” khususnya di Labuan pada masa akan datang. TAN SRI CHANG KO YOUN Penasihat Parti Gerakan/Pengerusi Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Ekonomi Bersama Penjaja dan Peniaga Kecil Tionghua di sini pada Ahad.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang turut melancarka­n Van Bergerak Parti Gerakan Bahagian Labuan untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat yang memerlukan.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Labuan Datuk Oi Thiam Beng dan Naib Pengerusi Gerakan Labuan SK Tan.

Sementara itu, Rozman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu rakyat termasuk kaum Tionghua menjalanka­n perniagaan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, sejak sekian lama kerajaan Pusat yang diterajui BN bersama kepimpinan BN di Wilayah Persekutua­n Labuan sentiasa menjaga kebajikan kaum Tionghua termasuk penjaja dan peniaga kecil.

“Kita akan terus memastikan kaum Tionghua juga akan menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan BN. Syabas kepada Parti Gerakan Bahagian Labuan yang berusaha gigih membantu kaum Tionghua,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN melancarka­n Van Bergerak Parti Gerakan Labuan bersama Chang (lima kanan) dan Oi (kanan Rozman).
ROZMAN melancarka­n Van Bergerak Parti Gerakan Labuan bersama Chang (lima kanan) dan Oi (kanan Rozman).
 ??  ?? OI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rozman sambil diperhati Chang (tiga kanan), SK Tan (kiri) dan William (kanan).
OI (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rozman sambil diperhati Chang (tiga kanan), SK Tan (kiri) dan William (kanan).
 ??  ?? CHANG (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Oi (dua kanan) sambil diperhati Rozman (tiga kanan), SK Tan (kiri) dan William (kanan).
CHANG (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Oi (dua kanan) sambil diperhati Rozman (tiga kanan), SK Tan (kiri) dan William (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia