Utusan Borneo (Sabah)

200 golongan asnaf terima sumbangan

-

PITAS: Seramai 200 orang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim menerima sumbangan berupa beras daripada Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Malaysia Cawangan Negeri Sabah.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di perkaranga­n rumah Nasir Haji Jacob di Kg Kalumpang, di sini pada Ahad.

Pengerusin­ya Dato’ Sri Marajoh Haji Unding berkata, pertubuhan itu terdapat di semua negeri di Malaysia namun ia baru sahaja bertapak di Sabah lebih setahun yang lalu.

Katanya cawangan persatuan itu terdapat di beberapa daerah yang bertujuan bergerak ke pelosok daerah dan kampung bagi menghulurk­an sumbangan berupa makanan harian, wang tunai dan sebagainya kepada golongan asnaf daripada pelbagai kategori.

“Di peringkat kebangsaan, pertubuhan ini memperoleh­i dana atau sumbangan khas daripada Marmaz Group Holding Sdn Bhd kemudian disalurkan ke negeri-negeri untuk diagih-agihkan kepada golongan asnaf atau mangsa bencana alam.

“Justeru, pertubuhan ini tidak meminta dana atau sumbangan daripada manamana pemimpin negeri, ahli politik atau ahli koporat sebaliknya pertubuhan ini berusaha sendiri dengan sokongan padu daripada Marmaz Group Holding,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Sabah merangkap Pengerusi Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Daerah Kudat dan Pitas Ramlah Nasir berkata, sebagai salah satu badan NGO, tujuan utama mereka adalah untuk mengeratka­n hubungan silatulrah­im dengan satu sama lain tanpa mengira status.

Katanya, usaha murni itu adalah salah satu inisiatif bagi menyalurka­n derma ikhlas kepada golongan yang kurang berkemampu­an dalam pelbagai bentuk sumbangan dengan harapan ia dapat meringanka­n beban mereka.

“Program ini sepatutnya diadakan di Astaka Dataran Tamu Pekan Pitas supaya para penerima bantuan mendapat keselesaan dan kemudahan perhubunga­n pergi dan balik. Namun kita tidak mendapat restu daripada pihak berkuasa tempatan untuk menggunaka­n tempat itu tanpa sebab yang jelas diberikan.

“Justeru, sebagai pengerusi penganjur program, saya memohon maaf kepada semua yang terlibat sama ada penerima mahupun ahli keluarga mereka,” katanya.

Hadir sama, isteri Marajoh, Datin Sri Madzanah Haji Md Shauddin dan Ketua Penerangan Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Daerah Kudat dan Pitas Nasir Haji Jacob.

 ??  ?? MARAJOH dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama AJK penganjur.
MARAJOH dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama AJK penganjur.
 ??  ?? RAMLAH menyampaik­an sumbangan beras kepada 15 pelajar Baitul Amin Pitas, sambil diperhatik­an oleh Pengerusi Masjid dan AJK Rumah Anak Yatim Baitul Amin Haji Ismail Haji Ibrahim serta AJK lain, Jaikol Insang dan Rosni Ahmad Matakim.
RAMLAH menyampaik­an sumbangan beras kepada 15 pelajar Baitul Amin Pitas, sambil diperhatik­an oleh Pengerusi Masjid dan AJK Rumah Anak Yatim Baitul Amin Haji Ismail Haji Ibrahim serta AJK lain, Jaikol Insang dan Rosni Ahmad Matakim.
 ??  ?? MARAJOH (kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada warga emas.
MARAJOH (kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada warga emas.
 ??  ?? RAMLAH (kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada anak yatim.
RAMLAH (kanan) menyampaik­an sumbangan beras kepada anak yatim.
 ??  ?? Gambar atas MADZANAH (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada golongan OKU.
Gambar atas MADZANAH (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada golongan OKU.
 ??  ?? Gambar kiri SEBAHAGIAN daripada 200 penerima sumbangan.
Gambar kiri SEBAHAGIAN daripada 200 penerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia