Utusan Borneo (Sabah)

Potensi hebat untuk produk halal di Amerika Latin: Duta

Chile platform terbaik promosi produk halal di rantau itu

-

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Malaysia menembusi pasar halal di Amerika Latin, dengan menjadikan Chile sebagai hab, berikutan permintaan tinggi ke atas produk halal, kata Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya.

Berdasarka­n kestabilan ekonomi dan politik, Chile merupakan platform terbaik untuk mempromosi­kan produk halal di rantau itu, katanya.

“Kewangan Islam juga merupakan antara sistem halal yang boleh ditawarkan kepada Amerika Latin. Malaysia gembira dapat berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan.

“Memandangk­an halal adalah untuk semua, sudah menjadi tanggungja­wab kami sebagai umat Islam untuk menjadikan produk dan perkhidmat­an halal tersedia untuk semua manusia, sekali gus menjadikan halal sebagai perniagaan global,” katanya ketika merasmikan Ekspo Halal Latino Americana ke-6 di Interconti­nental Hotel, Santiago, Chile pada Isnin.

Teks ucapannya disediakan kepada Bernama kelmarin.

Kedutaan Malaysia di San- tiago bersama Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) turut mengambil bahagian pada acara itu dengan mengetenga­hkan produk Malaysia selain menyebarka­n maklumat mengenai isu halal kepada rakyat Chile supaya mereka selok-belok sebenar gaya hidup halal.

Ekspo ini dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia dengan organisasi Chile Halal dari 6 hingga 8 Nov yang menyaksika­n penyertaan lebih daripada 200 individu dan syarikat.

Mohamad Rameez berkata Malaysia memulakan industri halal globalnya pada 1974 apabila Pusat Penyelidik­an di Bahagian Hal Ehwal Islam di Pejabat Perdana Menteri mula mengeluark­an surat perakuan halal untuk produk yang memenuhi kriteria halal.

Usaha mempromosi­kan halal di peringkat antarabang­sa diteruskan dengan memperkena­lkan Pelan Induk Pembanguna­n Industri Halal 2008-2020 yang bertujuan untuk memacu halal sebagai sumber pertumbuha­n ekonomi baharu, katanya.

Beliau berkata Pelan Induk itu dibahagika­n kepada tiga fasa, dengan fasa pertama menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam integriti halal menerusi proses pensijilan yang ditambah baik dan penubuhan Pusat Sokongan Halal Global.

Fasa kedua pula menjadikan Malaysia sebagai lokasi pilihan bagi perniagaan berkaitan halal menerusi pembanguna­n pangkalan pengetahua­n global dan pengiktira­fan jenama global.

“Fasa terakhir pula melibatkan usaha untuk memperluas jejak syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran antarabang­sa, dan kini kami di fasa akhir,” katanya.

Beliau berkata setiap tahun Malaysia menganjurk­an Pameran Antarabang­sa Halal Malaysia (MIHAS) dan persidanga­n halal untuk mempromosi­kan halal di peringkat global,” katanya. -Bernama

Memandangk­an halal adalah untuk semua, sudah menjadi tanggungja­wab kami sebagai umat Islam untuk menjadikan produk dan perkhidmat­an halal tersedia untuk semua manusia, sekali gus menjadikan halal sebagai perniagaan DATUK DR MOHAMAD global. RAMEEZ YAHAYA Duta Besar Malaysia ke Chile

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia