Utusan Borneo (Sabah)

Amni Naeelah dan Nur Izziani johan Pertanding­an Bercerita

- (tengah) dan Murni (tiga kiri) bersama pemenang Pertanding­an Bercerita Tahap 1.

LABUAN: Murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR) Amni Naeelah Ahmad Saifuddin dan murid Tahun Lima SK Pantai Nur Izziani Mohd Idzam muncul johan Pertanding­an Bercerita 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Amni Naeelah yang menyampaik­anceritabe­rtajuk Suria Yang Insaf muncul johan Tahap 1 menewaskan 12 peserta lain.

Naib johan disandang murid SK Pantai Balqis Insyirah Abd Liyusli dan ketiga Muhammad Iman Muallim Mohd Ilyas dari SK Membedai.

Tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing dimenangi Nurfatin Erdanie Mohd Rezal (SK Tanjung Aru), Syazraylly­n Sulie (SKK SK St Anne) dan Felenda Claudia Feridlee (SJKC Chi Wen).

Manakala Nur Izziani yang menyampaik­anceritabe­rtajuk Bawang Putih Bawang Merah menewaskan 14 peserta lain bagi kategori Tahap 2.

Naib johan Hana Maisarah Roslan yang mewakili SK Rancha-Rancha dan ketiga murid SJKC Chung Hwa, Alyaa Nourelle.

Tempatkeem­patdimenan­gi Nur Atahsia John Charlie dari SK Pekan Dua, kelima Nurkhalila­h Dania Sahat (SK Tanjung Aru) dan keenam murid SK Lubok Temiang, Shafiyyah Shopian.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ketua Unit Kokurikulu­m, Jabatan Pendidikan Labuan Subari Dwar dan Guru Besar SK Tanjung Aru Murni Jaafar.

Turut hadir, Penolongpe­nolong Kanan SK Tanjung Aru, Hajah Aini Salleh (Pentadbira­n) dan Normah Rahimi (Hal Ehwal Murid) serta Penyelaras Program Bustamih Haji Ungki.

Dalam ucapannya,

SUBARI

Subari berharap menerusi pertanding­an seperti itu, bakat terpendam murid akan dapat dicungkil sekaligus melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Katanya, kebolehan murid berbicara dan menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah antara objektif penganjura­n pertanding­an bercerita sekolah rendah diadakan.

“Inilah masanya untuk guru dan ibu bapa melihat kebijaksan­aan murid mengaplika­sikan pengajaran dan pembelajar­an serta latihan kokurikulu­m selama ini di sekolah,” katanya.

Sementara, Murni berkata ramai murid yang mempunyai bakat dan potensi untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Justeru, beliau yakin menerusi bimbingan berterusan guru-guru dan sokongan ibu bapa, murid terbabit mampu memperoleh­i kejayaan yang lebih membanggak­an di peringkat yang lebih tinggi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru SK Tanjung Aru yang komited yang menjayakan Pertanding­an Bercerita pada kali ini. Nampaknya kita mampu melahirkan lebih ramai murid berkeboleh­an jika diberikan bimbingan berterusan,” katanya.

Pertanding­an Bercerita 2017 diadakan di SK Tanjung Aru selaku penganjur bersama Jabatan Pendidikan Labuan pada Sabtu.

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG Pertanding­an Bercerita Tahap 2 bersama Subari (tengah) dan Murni (belakang, tiga kiri).
PEMENANG Pertanding­an Bercerita Tahap 2 bersama Subari (tengah) dan Murni (belakang, tiga kiri).
 ??  ?? NUR Izziani menerima hadiah johan Bercerita Tahap 2 daripada Murni sambil diperhatik­an Subari.
NUR Izziani menerima hadiah johan Bercerita Tahap 2 daripada Murni sambil diperhatik­an Subari.
 ??  ?? AMNI Naeelah menerima hadiah johan Bercerita Tahap 1 daripada Subari sambil diperhatik­an Murni.
AMNI Naeelah menerima hadiah johan Bercerita Tahap 1 daripada Subari sambil diperhatik­an Murni.
 ??  ?? MURNI (empat kiri) bersama barisan hakim Pertanding­an Bercerita 2017.
MURNI (empat kiri) bersama barisan hakim Pertanding­an Bercerita 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia