Utusan Borneo (Sabah)

Raja Afiq & Puteri Aishah dalam ‘Lelaki Itu Pemilik Hatiku’

-

SLOT Akasia TV3 sekali lagi membawakan sebuah lagi drama adaptasi novel iaitu ‘Lelaki Itu Pemilik Hatiku’ yang bersiaran selama 32 episod bermula 31 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam

Drama arahan saudara Zul Huzaimy Marzuki di bawah terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. ini mengetenga­hkan Raja Afiq DFKL dan Puteri Aishah sebagai tunjang utama dan dimantapka­n lagi dengan barisan pelakon popular seperti Syazuwan Hassan DFKL, Julia Farhana Marin, Liza Abdullah, Jaja Illiyes DFKL dan Natasya Mahyan.

‘Lelaki Itu Pemilik Hatiku’ berkisar tentang Luqman (Raja Afiq DFKL), seorang anak orang kaya yang cuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila (Puteri Aishah) setelah dicabar oleh Andrea (Julia Farhana Marin), iaitu teman wanitanya sendiri. Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakanakan tidak serius dalam hubungan mereka.

Luqman sebenarnya berat hati untuk diijabkabu­lkan dengan Andrea, wanita pilihan orang tuanya itu. Bagi Luqman, cabaran ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang sentiasa mengongkon­g hidupnya.

Luqman dan Andrea telah menetapkan syarat untuk cabaran tersebut. Sekiranya, Luqman berjaya memenangi hati Nurin Karmila, mereka berdua akan putus hubungan. Namun, jika Luqman gagal untuk berbuat demikian, dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.

Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapanny­a itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.

Siapa sangka, semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan DFKL), iaitu lelaki yang pernah menyelamat­kan dia dari nafsu Luqman dahulu. Benarkah Luqman mencintai Nurin Karmila?

Siapakah antara mereka yang akan memiliki hati Nurin Karmila? Jangan lupa menonton Lelaki Itu Pemilik Hatiku gandingan hebat Raja Afiq dan Puteri Aishah dalam slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam hanya di TV3.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com. my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysi­a, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @ dramasanga­t.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia