Utusan Borneo (Sabah)

Maut jatuh gaung

Empat lagi cedera kereta jatuh gaung di Kilometer 31 Jalan Sri Aman-Kuching

-

KUCHING: Seorang maut manakala empat lagi cedera termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan sekitar jam 3.30 petang di Kilometer 31 Jalan Sri Aman-Kuching di sini, pada Ahad.

Penumpang belakang, Norhayati Abdullah atau Timoi Nopit, 58, dilaporkan cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

Dalam kejadian itu, kereta Axia yang dipandu seorang wanita bersama empat penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik DSP Bingkok John mengesahka­n kejadian itu ketika dihubungi pada Isnin.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta Axia itu bergerak lurus dalam perjalanan dari Sibu menuju Kuching.

“Bagaimanap­un ia tibatiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu masuk ke gaung tapak pembinaan jalan Pan Borneo,” katanya.

Berikutan itu, kesemua mangsameng­alamikeced­eraan telah dihantar ke Hospital Sri Aman menaiki ambulans bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

“Lebih kurang jam 11.45 malam Ahad, pihak hospital memaklumka­n bahawa Norhayati disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Bingkok, darah pemandu kenderaan terbabit telah diambil untuk ujian alkohol dan dadah.

Setakat ini katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Menurutnya, tiada rakaman CCTV direkodkan dan kejadian berlaku di jalan lurus yang berturap dan licin akibat cuaca hujan.

Hasil siasatan awal mendapati kereta Axia itu bergerak lurus dalam perjalanan dari Sibu menuju Kuching. Bagaimanap­un ia tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu masuk ke gaung tapak pembinaan jalan Pan Borneo. DSP BINGKOK JOHN

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia