Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Hijau juara keseluruha­n

Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Kali Ke-18, SK Kalabakan, Tawau

-

TAWAU: Rumah Hijau muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Balapan dan Padang Kali Ke-18 Sekolah Kebangsaan (SK) Kalabakan yang berlangsun­g di padang sekolah itu, baru-baru ini.

Pasukan Rumah Hijau yang diketuai Cikgu Kamisah Siddik menjuarai kejohanan itu dengan memenangi 10 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa.

Naib johan disandang pasukan Rumah Biru yang diketuai Cikgu Nursabrina Nor Azman dengan kutipan 7 emas, 6 perak dan 4 gangsa.

Tempat ketiga disandang pasukan Rumah Kuning diketuai Cikgu Nurlyana Amdan yang meraih 5 emas, 6 perak dan 5 gangsa, manakala Rumah Merah menduduki tempat keempat apabila hanya mampu mengutip 4 emas, 7 perak dan 11 gangsa.

Anugerah Olahragawa­n dinobatkan kepada Mohd Izhar dari Rumah Hijau yang memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak bagi acara lompat tinggi, 100 meter dan 4X200 meter, manakala

MOHD IZHAR dan Nurul Najiehah (Olahragawa­n dan Olahragawa­ti) bersama Asmadi (kanan) dan Haidir (kiri).

Olahragawa­ti disandang oleh Nurul Najiehah juga dari Rumah Hijau yang memenangi 3 pingat emas melalui acara yang sama.

Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Kalabakan Umar Diwan berkata, sebanyak empat rumah sukan bertanding dalam kejohanan itu melibatkan semua murid yang mewakili rumah sukan masingmasi­ng.

Katanya, sebanyak 29 acara sukan dipertandi­ngkan iaitu 26 acara balapan dan tiga acara padang.

Selain itu, beberapa kategori acara terbuka untuk orang awam turut memeriahka­n lagi kejohanan tersebut termasukla­h acara larian 4X100 meter.

Katanya, kejohanan itu bertujuan melaksanak­an aktiviti tahunan sekolah dalam bidang sukan dan kokurikulu­m.

Selain itu, ia juga bertujuan memilih atlet terbaik bagi mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan dan Balapan peringkat Zon Kalabakan pada awal tahun depan (2018).

“Kejohanan ini bukan sahaja memenuhi Enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Murid (PPPM) 20132025, malah sukan adalah medan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam aspek kemenjadia­n pelajar,” katanya.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK

(dua kanan) diiringi Haidir (kanan) dan Umar (kiri) beramah mesra dengan pasukan juara, Rumah Hijau diketuai Kamisah (tengah).

Kalabakan Asmadi Suping yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kalabakan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SK Kalabakan Haidir Tasmin, Pegawai Perhubunga­n Polis (PPS) L/Kpl Alex dan para pemimpin masyarakat setempat. – Artikel sumbangan Siti Rabia Ibrahim

Kejohanan ini bukan sahaja memenuhi Enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Murid (PPPM) 2013-2025, malah sukan adalah medan untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam aspek kemenjadia­n pelajar.

UMAR DIWAN Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Kalabakan

 ??  ?? ASMADI
ASMADI
 ??  ??
 ??  ?? ASMADI menyampaik­an piala johan keseluruha­n kepada ketua Rumah Hijau, Kamisah Siddik.
ASMADI menyampaik­an piala johan keseluruha­n kepada ketua Rumah Hijau, Kamisah Siddik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia