Utusan Borneo (Sabah)

KSR antara kompleks sukan terbaik Sabah

Lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kompleks Sukan Ranau (KSR) merupakan antara kompleks sukan terbaik di Malaysia khususnya Sabah, berdasarka­n kedudukann­ya di kaki Gunung Kinabalu dengan suasana yang menyegarka­n dan terletak di puncak Bukit Lohan dengan panorama hutan rimba belum terusik.

Kompleks ini dilengkapi dengan kemudahan padang

“KSR kini menjadi lokasi utama kegiatan sukan termasuk acara padang dan balapan perinkat Majlis Sukan Sekolah (MSS), MSS Daerah (MSSD), MSS Zon, ” MSS Bahagian dan MSS Negeri.

AUSTIN OROW Pengurus KSR

bola sepak, balapan, gelanggang futsal dan sebagainya.

Di sini juga turut disediakan asrama untuk atlet iaitu Hostel Linawa delain dewan utama, bilik seminar/kursus, ruang letak kenderaan dan kantin.

Pengurus KSR, Austin Orow yang ditemui di sini baru-baru ini berkata, istimewany­a Kompleks Sukan Ranau ini terletak berhampira­n tapak MRSM Ranau dan dekat tapak paraglidin­g bertaraf antarabang­sa yang terkenal kalangan ribuan pencinta sukan lasak dari luar negara seperti China, Korea, Thailand, Jepun dan Eropah.

Katanya, keluasan KSR adalah 100 ekar, terletak 12 kilometer dari pekan Ranau pada ketinggian 735 meter dari aras laut manakala suhunya mencecah 28 darjah selsius boleh dihubungi dengan berkendera­an menerusi jalan raya berturap.

“KSR kini menjadi lokasi utama kegiatan sukan termasuk acara padang dan balapan perinkat Majlis Sukan Sekolah (MSS), MSS

BANGUNAN Hostel Linawa Kompleks Sukan Ranau.

Daerah (MSSD), MSS Zon, MSS Bahagian dan MSS Negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau memohon kepada para pengunjung atau pengguna KSR berkenaan supaya bekerjasam­a menjaga harta benda dan kebersihan kawasan kompleks berkenaan.

“Kompleks ini adalah milik semua, justeru kebersihan adalah tanggungja­wab semua pihak,” jelas Austin yang juga bekas penjaga gol Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN panorama Kompleks Sukan Ranau.
SEBAHAGIAN panorama Kompleks Sukan Ranau.
 ??  ?? AUSTIN
AUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia