Utusan Borneo (Sabah)

Piala Tawfiq: Beberapa lagi pasukan tersenarai minggu ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya empat lagi pasukan sertai senarai ke pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir apabila saingan peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan 2017 diteruskan penghujung minggu ini.

Kejohanan yang berehat penghujung minggu lalu bagi memberi laluan kepada Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Tan Sri Musa Aman itu akan diteruskan dengan lapan perlawanan iaitu dua perlawanan pada Jumaat dan masing-masing tiga perlawanan pada Sabtu dan Ahad.

Masing-masing dua perlawanan akan melengkapk­an jadual Kumpulan A, B dan C seterusnya menentukan empat pasukan melengkapk­an senarai tiga pasukan teratas kumpulan masing-masing mara ke pusingan kalah mati.

Dua perlawanan Kumpulan C akan menjadi tumpuan bukan hanya kerana tiga tempat teratas masih terbuka untuk keempat-empat pasukan yang beraksi, malahan pasukan di tangga keempatnya juga berpeluang miliki tiket tangga keempat terbaik mara ke pusingan kalah mati.

Pendahulu carta, Simfield FC (tujuh mata) akan berhadapan dengan pasukan di tangga keempat, Terra Queen FC (empat mata) pada 11 November (4.00 petang) manakala penghuni tangga kedua,

Juta FC (enam mata) menentang EMD FT (empat mata) pada 12 November (9.00 malam).

Perlawanan Kumpulan B antara The Blues FC dan RMP FC (11 Nov: 9.00 malam) juga menjadi tumpuan kerana ia penentu pasukan mengiringi dua pasukan teratas, Barracuda FC dan Adisson FC ke pusingan kalah mati.

Barracuda dan Adisson juga akan saling bertembung (12 Nov: 7.00 malam) tetapi hanya untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan.

Perlawanan Kumpulan A antara Kapazan Real Junior dan AMV FC (11 Nov: 7.00 malam) dan Racing Athletic FC menentang Likas United FC II (12 Nov: 4.00 petang) pula lebih kepada penentu kedudukan kerana tiga tiket ke pusingan kalah mati sudah dimiliki Racing, Likas dan AMV.

Kapazan juga masih berpeluang menyertai tiga pasukan di atasnya itu jika menang menerusi satu tiket yang diperuntuk­kan kepada pasukan tangga keempat terbaik.

Perlawanan Kumpulan D antara Unida FC dan Teambau FC (110 Nov: 7.00 malam) juga hanya pelengkap jadual kerana kedua-duanya sudah mengesahka­n tempat meninggal satu tiket menjadi rebutan antara TPS FC dan Mix Edu United yang hanya beraksi minggu hadapan.

Perlawanan

Kumpulan

E antara

Darau FC dan Kudat

Cool FC (10

Nov: 9.00 malam) pula mungkin akan melengkapk­an senarai tiga pasukan ke pusingan kalah mati.

Jika Kudat kalah, Darau dan Kelab Reka DBKK akan mengiringi pendahulu carta, Putra United ke pusingan kalah mati.

Putra adalah antara lapan pasukan terawal bersama Unida, Racing, Likas United, AMV, Barracuda, Adisson dan Teambau mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir.

Kesemua perlawanan berlangsun­g di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia