Utusan Borneo (Sabah)

Artistik raih empat emas

Kejohanan Kebangsaan Gimnastik Artistik & SportsExce­l-NSC-MILO-MGF

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet Sabah membawa pulang empat emas, tiga perak dan 12 gangsa dari Kejohanan Kebangsaan Gimnastik Artistik & SportsExce­lNSC-MILO-MGF 2017 yang berakhir di Pusat Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.

Atlet senior Mohd Adzre Mohd Nasir dan Mohd Hamzahrudi­n Nordin menjadi tonggak kejayaan pasukan negeri ini selepas memenangi tiga dari jumlah emas yang dimenangi di kejohanan empat hari itu.

Adzre muncul selaku juara keseluruha­n kategori senior lelaki, manakala Hamzahrudi­n menjuarai disipilin gelang kategori lelaki senior.

Mereka juga membantu pasukan senior lelaki yang turut dianggotai oleh Ammar Zafi Mohd Firdaus, Lazarus Phillip Junius dan Jacob Hezron Andreas muncul selaku juara.

Satu lagi pingat emas dimenangi menerusi gandingan

“Bagi pihak persatuan dan pasukan negeri ini, kami merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) serta ibu bapa dan pihak sekolah yang telah menyokong persiapan dan ” penyertaan pasukan ini. LIEW TONG EE Pengurus pasukan

Charlie Rrichie Chong, Albert Wong Wui Pin, Hirzi Bariqi Yaakob, Sharif Ruzaimi Syirazi Syarif Rodizin dan Liew Jun Xiang dalam acara berpasukan remaja lelaki.

Pingat perak dimenangi menerusi acara berpasukan remaja perempuan gandingan Felicity Grace Sew Pei En, Ammanda Wong Yeah Chean, Nur Farisha Atiqah Shuaili, Jennessia Juniol, Jill Avie Horatio dan Cherfie Resie Chong, Zafi (individu senior lelaki keseluruha­n) dan Adzre (senam lantai senior lelaki).

Manakala pingat gangsa dimenangi menerusi acara pasukan pra remaja perempuan gandingan Nicole Wong Li Jing, Elvinna Johanes, Tan Mui Kun, Natalie Yapp Qian Tong, Nur Izreeen Dayana Zaini dan Bethany Estelle Vun.

Selain itu juga dari acara individu menerusi Charlie, Sharif dan Albert masing-masing dalam kategori individu remaja lelaki keseluruha­n, Felicity (melombol remaja perempuan), Lazarus dan Jacob masing-masing dalam acara senior lelaki keseluruha­n, Zafi (palang jajar senior lelaki), dan Jennesia (palang asimetrik remaja perempuan).

Tiga pingat dari Adzre masing-masing menerusi kategori senior lelaki disiplin kekuda pomel, gelang dan palang tunggal.

Pengurus pasukan Liew Tong Ee ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Selasa berkata, pencapaian pasukan negeri ini amat memuaskan di mana semua atlet pulang dengan pingat masing-masing.

“Bagi pihak persatuan dan pasukan negeri ini, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS), Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) serta ibu bapa dan pihak sekolah yang telah menyokong persiapan dan penyertaan pasukan ini.

“Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih pengiringi terdiri dari Cikgu Zamri Din, Loy Billy, Azri Omar dan Noraini Jamlan yang telah menunjukka­n komitmen tinggi dan kerjasama erat,” jelas beliau.

 ??  ?? TONG Ee (kiri) bersama antara atlet dan pegawai Sabah yang menyertai Kejohanan Kebangsaan Gimnastik Artistik & SportsExce­l-NSC-MILO-MGF 2017 yang berakhir di Pusat Sukan Negera, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.
TONG Ee (kiri) bersama antara atlet dan pegawai Sabah yang menyertai Kejohanan Kebangsaan Gimnastik Artistik & SportsExce­l-NSC-MILO-MGF 2017 yang berakhir di Pusat Sukan Negera, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia