Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditemukan lemas di Sungai Padas

- Oleh DELLROY

TENOM: Seorang ayah yang mencari sesuap nasi untuk dua anak dan isterinya ditemukan lemas di Sungai Padas di Kampung Mamaitom di sini, kira-kira jam 1.40 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Suprintend­an Polis Mohamad Firdaus Abdulah ketika mengesahka­n kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Sumail Atum, 40.

Katanya, pada 4 November lalu kira-kira jam jam 9.50 malam, pihaknya menerima panggilan telefon daripada Pegawai Bomba dan Penyelamat Kamaruddin Abd Halim memaklumka­n menerima maklumat daripada anggota Bomba Sukarelawa­n di kampung itu bahawa seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sg Padas ketika memukat ikan.

Katanya, dalam laporan polis yang dibuat isteri mangsa,LaguntungL­imau,39, menyatakan suaminya keluar menoreh getah pada kirakira jam 6 pagi 4 November, namun sehingga jam 6 petang pada hari itu, mangsa masih belum balik.

“Isteri mangsa meminta bantuan keluarga mencari mangsadike­bungetah.Mereka menjumpai pakaian mangsa di tepi sungai itu dan mengesyaki mangsa menaiki rakit untuk memukat,” katanya.

Firdaus berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak polis, bomba dan orang kampung telah dijalankan pada keesokan paginya.

Pada 6 November, katanya, mayat mangsa dijumpai terapung di sungai itu, lebih kurang 1 kilometer dari tempat pakaiannya ditemukan pada petang 4 November.

“Setakat ini, polis masih menunggu hasil bedah siasat oleh pihak hospital untuk mengetahui punca kematian, sama ada lemas biasa atau ada unsur jenayah,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa diusung pasukan SAR untuk dihantar ke Hospital Tenom bagi tujuan bedah siasat.
MAYAT mangsa diusung pasukan SAR untuk dihantar ke Hospital Tenom bagi tujuan bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia