Utusan Borneo (Sabah)

Lagi kebakaran di Tawau, rumah separuh kekal musnah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebuah rumah separuh kekal dan sebuah pondok musnah dalam kebakaran di Kg Pukat, Jalan Tanjung Batu Laut di sini, kira-kira jam 2 petang Selasa.

Berdasarka­n perkongsia­n maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 2.05 petang.

Seramai 13 pegawai dan anggota pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera, sebuah lori tangki dan EMRS.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.25 petang sebelum operasi terbabit yang diketuai oleh Ketua Operasi Kasdi Latimin ditamatkan pada jam 3.17 petang.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut berhubung jumlah sebenar mangsa terlibat, namun difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam kejadian berkenaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat merangkap Adun Tanjung Batu turut bersimpati dengan mangsa.

“Kita akan memberikan bantuan kepada mangsa, begitu juga Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menerusi Tabung Bencana Alam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada bomba dan penduduk kampung kerana cepat memadam api daripada terus merebak sehingga mengakibat­kan kemusnahan lebih besar.

Pada masa sama, beliau berharap bomba dapat membantu menambah bilangan prasarana pili bomba di sekitar penempatan itu selain kawasan berpendudu­k padat di tempat lain.

“Seringkali apabila kes kebakaran sebegini berlaku, kita selalu dengar orang kampung mengadu wujud masalah ketiadaan ataupun kekurangan kemudahan pili bomba.

“Misalnya, dalam kejadian ini hanya terdapat satu pili bomba yang disediakan atas inisiatif penduduk kampung sendiri,” katanya.

Beliau percaya bomba boleh mengambil tindakan bersesuaia­n termasuk mengenalpa­sti jarak yang fleksibel dalam sesebuah penempatan untuk penyediaan fasiliti pili bomba.

Hamisa berharap orang ramai turut menyediaka­n alat pemadamapi­dirumahmas­ingmasing untuk memastikan tindakan awal mencegah api dapat diambil.

 ??  ??
 ??  ?? HAMISA turut bersimpati dengan musibah yang dihadapi oleh mangsa terlibat.
HAMISA turut bersimpati dengan musibah yang dihadapi oleh mangsa terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia