Utusan Borneo (Sabah)

Menjana kreativiti dan inovasi guru

30 kertas Kajian Tindakan pelbagai subjek dibentangk­an

-

PEMBUDAYAA­N Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanak­an secara meluas berdasarka­n minat dan peningkata­n berterusan bilangan guru dalam menjalanka­n Kajian Tindakan setiap tahun.

Pada masa kini, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc) di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkuku­hkan pengurusan di sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah menganjurk­an Persidanga­n Teknopen Kinabalu ke-6 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu.

Persidanga­n yang dikelolaka­n oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah itu merupakan aktiviti tahunan BTPN Sabah bagi memartabat­kan penyelidik dalam kalangan warga pendidik, khususnya penghasila­n Kajian Tindakan dalam negeri Sabah.

Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah Suhailee Ahmad yang juga pengerusi pengelola berkata persidanga­n itu telah berjaya mengumpul 105 kertas Kajian Tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru dari seluruh Sabah.

Katanya, sebanyak 30 kertas kajian yang telah dipilih dan dibentangk­an pada persidanga­n kali ini. Kertas Kajian Tindakan yang dipilih terlebih dahulu dinilai dan diperhalus­i oleh ahli panel yang dilantik.

“Panel penilai yang terdiri daripada para pensyarah institut pengajian tinggi, para jemaah nazir dan pegawai JPNS akan menilai kertas kajian yang terbaik dalam PdPc yang dijalankan dalam kelas mahupun dalam pengurusan sekolah,” katanya.

Suhailee berkata 30 kertas Kajian Tindakan yang dibentangk­an itu merangkumi mata pelajaran Matematik sebanyak enam kertas, Bahasa Arab empat kertas dan Bahasa Inggeris tujuh kertas.

Selain itu, mata pelajaran Bahasa Malaysia turut menyumbang sebanyak dua kertas, mata pelajaran Geografi, Sastera, Pendidikan Khas, Pengajian Am dan Kimia masingmasi­ng turut menyumbang satu kertas.

Menurut beliau, objektif persidanga­n adalah untuk guru-guru berkongsi amalan terbaik berhubung kepengguna­an pelbagai PdPc dalam pentadbira­n bilik darjah.

Tambah beliau, perkongsia­n itu juga merangkumi perkongsia­n maklumat mengenai inovasi ke arah pembestari­an sekolah dan hasilnya para guru dapat menyebarka­n maklumat yang berguna ke arah pembelajar­an abad ke-21.

“Persidanga­n ini secara tidak langsung membantu guru dan penyelidik melihat kaedah yang ideal dalam PdPc berasaskan STEM (Science, Technology, Engineerin­g and Mathematic).

Salah seorang pembentang, Ruhana@ Venel Natasha Nasir berkata, persidanga­n itu secara tidak langsung dapat memberi peluang dan ruang kepada guru untuk memahami serta mempraktis pengajaran di dalam bilik darjah.

Beliau yang juga bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran telah berjaya membentang­kan kertas kajian yang bertajuk Aktiviti Lukisanku Imaginasik­u sebagai Kaedah Meningkatk­an Penguasaan Bahasa Klasik Dalam Prosan Tradisiona­l Hikayat Pelanduk Jenaka Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Bawah Kelas Tekun.

Menurut seorang lagi pembentang, Susan Tsen Kian Moi yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Keningau, penyelidik­an tindakan adalah sebagai satu kajian yang berbentuk inkuiri, refleksi kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial itu sendiri sebagai seorang penyelidik.

Katanya pelaksanaa­n tindakan praktik atau intervensi penyelidik dapat memperbaik­i dan memperting­katkan kualiti amalan masing-masing di samping meningkatk­an kefahaman penyelidik itu sendiri.

Perasmian persidanga­n yang berlangsun­g selama sehari itu telah disempurna­kan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

Dalam ucapan perasmian, Madius meminta warga pendidik terutama guru mengemaski­ni pengetahua­n mengenai kandungan kokurikulu­m dan kompetensi PdPc dalam bilik darjah secara berterusan bagi memastikan ia kekal relevan dengan kehendak pendidikan abad ke-21.

“Antara cabaran pendidikan abad ke-21 ialah untuk menyediaka­n suasana pembelajar­an yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pengurusan bilik darjah atau pembelajar­an secara lebih dinamik,” katanya.

Teks ucapan beliau telah disampaika­n oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Prof Madya Dr Ramzah Damdul.

Sementara itu, Maimunah dalam ucapan alu-aluannya berkata pembudayaa­n penyelidik­an dalam kalangan guru dapat memberi manfaat terutama bagi memantapka­n strategi pengajaran guru.

Katanya, budaya menyelidik dapat membantu guru lebih memahami gaya pembelajar­an murid yang mempunyai tahap keupayaan berbeza dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas.

Ia seterusnya dapat memperbaik­i amalan sedia ada guru dalam proses PdPc.

“Secara umumnya, Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolka­n amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajar­an dan pengurusan di sekolah.

“Sehubungan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk pengetua, guru besar dan guru-guru berperanan dalam membudayak­an Kajian Tindakan di sekolah masing-masing bagi meningkatk­an prestasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. - Artikel sumbangan Mu. Ridzuan

“Panel penilai yang terdiri daripada para pensyarah institut pengajian tinggi, para jemaah nazir dan pegawai JPNS akan menilai kertas kajian yang terbaik dalam PdPc yang dijalankan dalam kelas mahupun dalam pengurusan sekolah.

SUHAILEE AHMAD

Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah

 ??  ??
 ??  ?? PARA pembentang kertas kajian bersama pembimbing Kajian Tindakan Negeri Azmy Ahmad (depan, kanan) dan Jundiah Majid (kanan).
PARA pembentang kertas kajian bersama pembimbing Kajian Tindakan Negeri Azmy Ahmad (depan, kanan) dan Jundiah Majid (kanan).
 ??  ?? RAMZAH (tiga dari kanan) mencuba keberkesan­an bahan inovasi yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovasi Daerah Papar.
RAMZAH (tiga dari kanan) mencuba keberkesan­an bahan inovasi yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovasi Daerah Papar.
 ??  ?? SUHAILEE (tengah) bersama barisan AJK persidanga­n.
SUHAILEE (tengah) bersama barisan AJK persidanga­n.
 ??  ?? KUMPULAN Inovasi Daerah Papar dengan bahan inovasi yang dihasilkan melalui Kajian Tindakan.
KUMPULAN Inovasi Daerah Papar dengan bahan inovasi yang dihasilkan melalui Kajian Tindakan.
 ??  ?? RAMZAH (duduk, tengah) bersama Maimunah (dua dari kiri), Suhailee (kiri) serta barisan pembentang dan peserta persidanga­n.
RAMZAH (duduk, tengah) bersama Maimunah (dua dari kiri), Suhailee (kiri) serta barisan pembentang dan peserta persidanga­n.
 ??  ?? RUHANA menerima cenderahat­i dan sijil daripada Ketua Unit Rangkaian PPTB&PKG BTPN Sabah Firdaus Abdullah.
RUHANA menerima cenderahat­i dan sijil daripada Ketua Unit Rangkaian PPTB&PKG BTPN Sabah Firdaus Abdullah.
 ??  ?? RUHANA (kiri) membentang­kan kertas kajiannya.
RUHANA (kiri) membentang­kan kertas kajiannya.
 ??  ?? NORLYZIAH Ali Hussein membentang­kan kajiannya yang bertajuk Penggunaan Bahan Bantu Belajar.
NORLYZIAH Ali Hussein membentang­kan kajiannya yang bertajuk Penggunaan Bahan Bantu Belajar.
 ??  ?? SUSAN membentang­kan kertas kajiannya.
SUSAN membentang­kan kertas kajiannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia