Utusan Borneo (Sabah)

Terus kecapi kecemerlan­gan pelajar

Warga Semekar komited beri penghargaa­n

-

Mpelbagai kecemerlan­gan dan kejayaan pelajar, memberikan satu kepuasan buat warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahim (Semekar).

Sebagai tanda menghargai komitmen dan pencapaian itu, warga Semekar telah mengadakan konvokesye­n kali ke-3 yang berlangsun­g di Dewan Tun Mustapha, Kudat.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Aslie Sahat yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri.

Pengetua Semekar Awang Jaya Awang Damit berkata, majlis konvokesye­n itu memberi seribu kelainan berbanding penganjura­n sebelumnya.

Sambil menceritak­an sejarah majlis, beliau berkata ia dianjurkan bagi memberi pengiktira­fan kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3).

“Antara pembaharua­n yang kita laksanakan adalah dengan menetapkan satu kualiti sahaja iaitu hanya pelajar STPM yang lulus lima mata pelajaran diberikan sijil.

“Bagi SPM pula, pelajar yang lulus Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah sahaja diberikan sijil serta pelajar pra universiti pula sekurang-kurangnya satu prinsipal,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an agar syarat itu ditambah baik dengan menetapkan pelajar tingkatan lima mesti lulus subjek Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah.

Katanya, pendekatan baharu itu bertujuan memberi suntikan motivasi kepada semua pelajar supaya terus menempa kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulu­m.

Bahkan katanya, ia juga selari dengan matlamat sekolah bagi melahirkan pelajar berkualiti dan bertaraf dunia.

Mengimbas kejayaan tahun sebelumnya, Semekar sudah melakar sejarah kecemerlan­gan dalam pencapaian SPM dengan peningkata­n Gred Purata Sekolah (GPS) setiap tahun.

Misalnya, pada 2014, Semekar memperoleh 6.39 meningkat menjadi 5.81 pada 2015 dan mencipta sejarah tahun lepas dengan mencapai 5.03, menjadikan GPS sekolah itu tertinggi di daerah Kudat.

Bagi pencapaian STPM pula, Semekar memperoleh GPS 2.22 meningkat kepada 2.41 pada 2015 dan akhirnya tahun lepas memperoleh 2.72.

Selain itu, Semekar turut melahirkan pelajar terbaik STPM yang memperoleh­i

pointer 4.00 sehingga menjadi salah satu sekolah terbaik di negeri ini.

Dalam bidang kokurikulu­m, Semekar terus menjulang kemenangan dengan menunjukka­n prestasi terbaik dalam sukan hoki dan bola tampar sehingga terpilih ke peringkat negeri.

Tambahan lagi, kegiatan bahasa seperti forum remaja, sajak, puisi serta permainan catur juga pernah mengharumk­an nama sekolah itu.

Kecemerlan­gan tidak hanya kepada anak didik, tetapi juga dalam kalangan guru apabila salah seorang guru Semekar dinobatkan sebagai johan Guru Inovatif peringkat kebangsaan pada 2015.

Terdahulu, acara kemuncak konvokesye­n iaitu penyampaia­n sijil graduasi yang diselang seli dengan pelbagai persembaha­n daripada pelajar.

Turut hadir ialah Penolong Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kudat Sharif Zainal Abidin Sharif Shek, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Rozlan Elias, barisan Guru Semekar, ibu bapa dan pelajar.

Antara pembaharua­n yang kita laksanakan adalah dengan menetapkan satu kualiti sahaja iaitu hanya pelajar STPM yang lulus lima mata pelajaran diberikan sijil. Bagi SPM pula, pelajar yang lulus Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah sahaja diberikan sijil serta pelajar pra universiti pula sekurang-kurangnya satu prinsipal. AWANG JAYA AWANG DAMIT Pengetua Semekar

 ??  ?? BARISAN tetamu kehormat, guru, pelajar dan ibu bapa yang hadir merakam gambar kenangan.
BARISAN tetamu kehormat, guru, pelajar dan ibu bapa yang hadir merakam gambar kenangan.
 ??  ?? ASLIE sempat bersalaman dengan pelajar yang diraikan pada majlis berkenaan.
ASLIE sempat bersalaman dengan pelajar yang diraikan pada majlis berkenaan.
 ??  ?? PELAJAR cemerlang merakam gambar kenangan bersama guru Semekar.
PELAJAR cemerlang merakam gambar kenangan bersama guru Semekar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia