Utusan Borneo (Sabah)

30 murid SK Pekan Dua pelajari Photoshop dan Poster

-

30 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Pekan Dua telah mengikuti Bengkel Photoshop dan Poster pada program E-Komuniti Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Makmal FKI, UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Ahad.

Rombongan sekolah itu diketuai Rosazilind­a Aziz dan guru Matematik Syed Alwi Said Mohammad bersama tujuh murid Tahun 5 dan 23 murid Tahun Enam.

Rosazilind­a yang mewakili Guru Besar Jaafar Matusin mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada FKI kerana memberi ruang dan peluang kepada murid SK Pekan Dua untuk mempelajar­i sesuatu yang baharu sekaligus satu pengalaman yang berguna buat mereka.

Sementara itu, murid Tahun 6 Berlian, Nur Nadia Kamsul berharap menerusi program berkenaan, dia akan dapat mengaplika­sikan pengetahua­n yang diperolehi untuk membantu rakan dan guru serta sekolah.

“Tentu sekali saya bersama rakan mendapat pengetahua­n dan pengalaman yang baharu dan berguna pada masa akan datang,” katanya.

Rakannya, Amir Arshad Azmi juga yakin bengkel sehari itu akan menambah ilmu IT kepada murid SK Pekan Dua yang akan memberi manfaat kepada sekolah berkenaan.

“Kami amat gembira kerana dipilih oleh guru besar mengikuti bengkel ini. Ruang dan peluang itu akan kami gunakan untuk manfaat bersama,” katanya.

Menurut Penyelia Program Nona Masnie Mohd Nistah, program itu bertujuan merapatkan jurang fakulti dengan murid-murid di sekolah rendah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau yang juga pensyarah FKI mahu masyarakat luar khususnya murid sekolah rendah mengetahui peranan dan sumbangan fakulti kepada warga Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pelajar Tahun Empat FKI mengendali­kan bengkel selama sehari itu untuk murid SK Pekan Dua mengetahui serba sedikit cara photoshop dan poster,” katanya.

Program E-Komuniti dikendalik­an pensyarah FKI, Wan Nooraishya Wan Ahmad.

Nona Masnie berkata FKI mahu membudayak­an Teknologi Maklumat (IT) kepada murid sekolah rendah sekaligus mahu mereka meneruskan pengetahua­n itu hingga ke sekolah menengah.

FKI ditubuhkan pada 1 Jun 2014 melalui penggabung­an sains komputer dan program teknologi maklumat dari dua sekolah, Sekolah Labuan Sains Informatik (LSIS) dan Sekolah Kejurutera­an dan Teknologi Maklumat.

Berikutan penggabung­an itu, FKI mempunyai dua kampus, satu di Kota Kinabalu dan satu lagi di Labuan yang diterajui Dekan FKI Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim.

FKI telah melabur untuk mendapatka­n kemudahan dan peralatan bagi menyokong pengajaran dan penyelidik­an.

Ia membolehka­n pelajar meletakkan konsep teori dalam amalan melalui pelbagai kemudahan teknologi.

Pengetahua­n yang diperolehi daripada aktiviti penyelidik­an disalurkan terus ke dalam ijazah dan program ijazah lanjutan.

FKI sentiasa memastikan kurikulum mengambil kira teknologi baharu, trend industri dan kaedah.

 ??  ?? NUR NADIA
NUR NADIA
 ??  ?? AMIR ARSHAD
AMIR ARSHAD
 ??  ?? MURID SK Pekan Dua yang mengikuti Bengkel Photoshop dan Poster.
MURID SK Pekan Dua yang mengikuti Bengkel Photoshop dan Poster.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia