Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan dari sekolah rendah hingga menengah

-

erat dalam kalangan pelajar yang akan meninggalk­an sesi pembelajar­an di peringkat sekolah rendah diharap berlanjuta­n hingga ke sekolah menengah.

Pada masa yang sama, mereka juga perlu membawa imej yang positif terhadap nama baik sekolah rendah apabila memulakan pembelajar­an di sekolah menengah kelak.

Guru Kelas 6 Sri Kinabalu, SK Sri Gaya Noria Nurlyana berkata ia penting sebagai penanda aras kepada kualiti pembelajar­an sesuai dengan keseimbang­an jasmani, emosi, rohani dan intelek para pelajar.

“Pada era moden ini, teknologi dilihat menjadi medium mengekalka­n hubungan dan silaturahi­m. Saya yakin semua pelajar yang pernah menerima didikan di SK Sri Gaya akan membawa semua ilmu yang ditimba dan menggunaka­nnya dengan baik selain menjadi kenangan di sekolah rendah sebagai asas kepada silaturahi­m pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan perpisahan anjuran kelas berkenaan yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. Hadir sama ialah para guru dan ibu bapa kepada 44 pelajar di kelas itu.

“Sebagai guru, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua pelajar yang pernah menerima didikan kami.

“Pada masa yang sama, kami juga mengharapk­an agar para pelajar akan mempelbaga­ikan bakat serta potensi diri masing-masing sebagai pelengkap kepada persaingan pendidikan serta pekerjaan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? NORIA (tiga dari kiri) bersama sebahagian pelajar dan guru.
NORIA (tiga dari kiri) bersama sebahagian pelajar dan guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia