Utusan Borneo (Sabah)

Kem Transforma­si Pelajar NBUC capai objektif

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pelajar Faculty of Securiy Management & Enforcemen­t North Borneo University College (NBUC) telah mengadakan Program Kem Transforma­si di Damai Eco Range Lohan.

Program itu yang bertemakan ‘Segalanya Bermula Di Sini’ berjaya mencapai objektif untuk melahirkan pelajar berketramp­ilandalama­spek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta sosial diri yang unggul.

Ia juga berupaya menerapkan disiplin, ketahanan fizikal dan mental selain memupuk permuafaka­tan dalam kalangan 34 peserta (pelajar) yang turut diiringi tiga orang pensyarah NBUC.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena program dua hari itu (3-4 November) yang julung kali diadakan di Damai Eco Range Lohan termasukla­h, Flying Fox, Kembara Hutan, Larian Berhalanga­n dan Boating. Program turut mendapat kerjasama daripada para petugas Damai Eco Range.

Jurucakap jawatankua­sa pelaksana program itu yang juga salah seorang pensyarah pengiring, Christine Manrus berkata semua program yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan memberi ilmu pengetahua­n serta pengalaman baharu kepada para peserta.

“Kita berharap semua peserta agar telah mendapat input yang berfaedah daripada program itu, untuk diaplikasi­kan dalam pengajian mereka yang mengambil bidang Pengurusan Keselamata­n dan Penguatkua­saan Undang-Undang.

“Saya juga berharap semua pelajar dapat manfaat ‘galian ilmu’ ini terutama dalam menyelesai­kan masalah melalui proses berfikir secara kritikal serta pemantapan fizikal, seterusnya menjadi anakanak yang berjaya dalam alam pekerjaan dan kehidupan masa depan mereka,” katanya.

Penyelaras program Mohd Hazhirah Jehan Vermond berkata program itu berupaya menerapkan semangat setiakawan, pemikiran luar kotak dan penilaian demi kebaikan diri sendiri serta orang lain menerusi aktiviti secara berkumpula­n atau individu seperti yang telah dijalankan.

“Program ini sudah berakhir hari ini. Maka kami merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada para pensyarah yang turut serta dan memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau kelakuan tidak elok,” katanya.

 ??  ?? SALAH seorang peserta aktiviti Flying Fox.
SALAH seorang peserta aktiviti Flying Fox.
 ??  ?? CHRISTINE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang petugas Damai Eco Range.
CHRISTINE (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang petugas Damai Eco Range.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar NBUC yang menyertai aktiviti Kembara Hutan.
SEBAHAGIAN pelajar NBUC yang menyertai aktiviti Kembara Hutan.
 ??  ?? PARA peserta dimestikan mengikuti aktiviti Larian Berhalanga­n meskipun mencabar.
PARA peserta dimestikan mengikuti aktiviti Larian Berhalanga­n meskipun mencabar.
 ??  ?? TIGA peserta mengikuti acara Laluan Berhalanga­n.
TIGA peserta mengikuti acara Laluan Berhalanga­n.
 ??  ?? ANTARA peserta aktiviti Kembara Hutan.
ANTARA peserta aktiviti Kembara Hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia