Utusan Borneo (Sabah)

1,500 PKS dijangka sertai DFTZ pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menggunaka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) tahun depan, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong.

DFTZ dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengasas Alibaba Jack Ma pada 3 Nov lepas.

“Kami menggalakk­an lebih banyak PKS menggunaka­n DFTZ sebagai platform untuk pengusaha mengekspor­t produk mereka kerana ia akan memendekka­n proses dokumentas­i dan pelepasan dan membolehka­n mereka mempunyai jangkauan global yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n Antarabang­sa Institut Akauntan Malaysia (MIA) 2017 di sini semalam.

Chua berkata MIA boleh memainkan peranan penting dalam menyediaka­n perkhidmat­an tambah nilai dengan menasihati PKS untuk memperbaik­i diri dari segi produk, pertumbuha­n dan aktiviti pengembang­an.

“Mereka boleh menggalakk­an pemilikmen­ghubungi agensi yang berkaitan untuk membantu mereka dari segi eksport,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Chua berkata Malaysia jelas mengikuti aliran digitalisa­si dengan peruntukan RM245 juta dalam Bajet 2018 bagi syarikat mengguna pakai konsep pembuatan pintar.

“Penggunaan digital penting untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang lebih kompetitif serta meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan.

“Dalam usaha untuk mencapai status negara 20 terkemukas­eperti yang dicatatkan dalam inisiatif TN50, perniagaan perlu mengikuti perkembang­an terkini dan mengguna pakai trend mega seperti globalisas­i, masa depan digital, revolusi industri 4.0 dan kebangkita­n keusahawan­an,” katanya.

Bertemakan Memperluas Batasan, Akan Masa Depan Yang Relevan”, persidanga­n dua hari ini menarik 3,000 perwakilan daripada sektor perdaganga­n dan perindustr­ian, sektor awam, ahli akademik dan awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia