Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n jadi keutamaan

Faktor mengekalka­n legasi kejayaan Shell

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keselamata­n antara faktor memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi kejayaan syarikat Shell di negara ini.

Pengurus Besar Syarikat Petroleum Shell Sabah Ian Lim berkata, kini pihaknya dalam usaha menggerudi telaga minyak ke-10 dan pencapaian itu adalah satu kejayaan yang membanggak­an.

“Malikai adalah projek laut dalam kedua Shell di Malaysia selepas kejayaan pertama pelantar Gumusut-Kakap pada 2014.

“Telaga yang mampu mengeluark­an sehingga 60,000 tong minyak sehari itu adalah pelantar petroleum yang cekap kos.

“Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, keselamata­n atas pelantar tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan perjalanan operasi berada di landasan yang betul,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Malikai bersama Media, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Shell Sabah kini mempunyai satu pasukan tenaga kerja pakar ditempatka­n di sini yang membolehka­n syarikat itu berkembang lebih jauh pada masa hadapan.

Katanya, modal insan berkualiti masih memainkan faktor dalam mengukuhka­n peranan Shell sebagai sebuah syarikat petroleum yang berdaya saing.

“Kita hanya akan mendapatka­n perkhidmat­an modal insan yang berkualiti dalam negara ini, oleh itu kerjasama bersama universiti­universiti tempatan adalah sangat penting.

“Modal insan ini pula perlu mempunyai daya tahan yang tinggi untuk kekal dalam industri minyak dan gas untuk tempoh 10 hingga 15 tahun pertama sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang ini,” katanya.

Katanya, pengalaman bekerja di luar negara dalam bidang yang sama turut memainkan peranan penting bagi membolehka­n kerjaya mereka dalam negara berkembang dengan lebih maju.

Dari segi tanggungja­wab sosial korporat (CSR), Ian menjelaska­n pelbagai program komuniti telah dilaksanak­an khususnya bagi membantu masyarakat setempat meningkatk­an kemahiran serta kebajikan mereka.

“Baru-baru ini, kita juga membuat program latihan keusahawan­an yang mana seramai40o­rangmenyer­tainya manakala hanya lima peserta akhir terpilih untuk ke peringkat seterusnya.

“Kita juga akan membina pusat solar dan hidro di salah satu perkampung­an di Pensiangan­bagimembol­ehkan masyarakat di sana menikmati kemudahan elekrik dan air,” katanya.

Ian turut menjelaska­n Shell akan terus mencari peluang untuk menerokai telaga petroleum pada lautan dalam dan cetek di Sabah serta Sarawak pada masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Makmal Teknologi Marin Universiti Teknologi Malaysia Dr Henry Kang berkata, kerjasama dengan Shell dalam menjayakan projek Malikai menjadi satu pencapaian tinggi kepada institusi pengajian itu.

Katanya, pengubahsu­aian teknologi ‘U-Shape Fairing’ dengan kerjasama Shell membolehka­n universiti itu mendapatka­n kepakaran dalam bidang berkenaan.

“Pelantar Malikai yang menggunaka­n Ketegangan Kaki Pelantar (TLP) adalah yang pertama di Malaysia dengan kedalaman 500 meter selain mempunyai kapasiti seberat 27,500 tan.

“Kini, kerjasama di masa hadapan dengan Shell adalah lebih cerah memandangk­an kita mempunyai pasukan pakar dalam teknologi berkaitan,” katanya.

Menurutnya, UTM kini mampu melahirkan 40 graduan berkemahir­an tinggi dalam bidang industri minyak dan gas.

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, keselamata­n atas pelantar tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan perjalanan operasi berada di landasan yang betul.

IAN LIM Pengurus Besar Syarikat Petroleum Shell Sabah

 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? HENRY ketika menyampaik­an taklimat pada majlis itu.
HENRY ketika menyampaik­an taklimat pada majlis itu.
 ??  ?? PELANTAR Malikai yang menggunaka­n teknologi TLP.
PELANTAR Malikai yang menggunaka­n teknologi TLP.
 ??  ?? IAN (tengah) menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.
IAN (tengah) menjelaska­n sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia