Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 13 tahun, empat sebat

Lakukan kesalahan seksual fizikal terhadap anak saudara

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia lima tahun, dikenakan penjara 13 tahun dan empat sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap tertuduh yang berusia 29 tahun, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit pada 5 Oktober jam 2.30 petang di ruang kaki lima, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di sini.

Bagi Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, tertuduh dikenakan penjara sepuluh tahun.

Manakala untuk pertuduhan mengikut Seksyen 16 akta sama, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan empat sebatan.

Disamping itu, tertuduh juga diperintah­kan membayar pampasan sebanyak RM5,000 terhadap mangsa, jika gagal dikenakan penjara enam bulan.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalanik­edua-duahukuman berkenaan secara serentak.

Mengikut fakta kes, mangsa bersama ibu dan tertuduh pergi ke klinik untuk pemeriksaa­n kesihatan adiknya.

Ketika pemeriksaa­n dilakukan, mangsa berada dalam jagaan tertuduh, namun tertuduh mencabul mangsa di ruang kaki lima klinik.

Seorang jururawat yang sedang berehat melihat kejadian berkenaan lalu bergegas memanggil rakanrakan sekerjanya untuk menghentik­an perbuatan tertuduh.

Kemudian tertuduh beredar tidak jauh dari tempat itu, dan hasil pemeriksaa­n fizikal yang dilakukan doktor terhadap mangsa mendapati terdapat kesan kemerah-merahan.

Doktor terbabit memaklumka­n perkara berkenaan kepada pihak hospital dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim meminta hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius.

“Tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang berada dalam jagaannya, selain itu kesalahan dilakukan di tempat awam,” katanya dan menambah, perbuatan terbabit amat hina.

Tambahnya hal ini dipandang serius apabila Parlimen membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Akta berkenaan mula berkuatkua­sa pada 10 Julai lalu, yang bertujuan melindungi dan menjaga kebajikan kanakkanak di negara ini.

“Tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit pada 5 Oktober jam 2.30 petang di ruang kaki lima, Klinik Kesihatan Ibu dan ” Anak di sini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia