Utusan Borneo (Sabah)

KDN hantar cadangan semak semula elaun polis

KDN hantar cadangan kepada JPA

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) telah menghantar 13 cadangan elaun tambahan anggota polis berpangkat rendah kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk semakan semula, demikian persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Masir Kujat berkata cadangan tersebut bagi membantu anggota polis menangani masalah kos sara hidup. “Sekiranya diluluskan, ini akan membantu anggota yang bergaji rendah kerana setiap pangkat akan ada insentif yang diberikan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sini. Beliau menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) mengenai langkah yang diambil bagi membantu anggota polis berpangkat rendah menangani kos sara hidup.

Masir berkata kerajaan juga sedang melaksanak­an pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan anggota polis dan keluarga dijaga.

“Dalam pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengumumka­n pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM, menyedari ramai anggota polis yang telah bersara tetapi masih menyewa.

“PDRM juga telah diperuntuk­kan sebanyak RM30.5 juta untuk penyelengg­araan kuarters, pejabat dan kemudahan lain. Selain itu, terdapat 13 projek sambungan kuarters bagi tahun 2016,” kata Masir.

Beliau berkata pusat saringan kesihatan yang dilaksanak­an di Bukit Aman sebagai projek perintis untuk kemudahan anggota menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan juga akan diperluas pada masa akan datang.

“Kita juga menyediaka­n rumah transit bagi keluarga yang mengiringi anggota mendapatka­n rawatan di hospital dan sebanyak 19 pusat hemodialis­is diwujudkan di seluruh negara bagi memberi rawatan percuma kepada anggota yang menghidap penyakit buah pinggang,” katanya.

Menurutnya, pusat jagaan anak dan taska juga dibina di tempat kerja dan kompleks kediaman PDRM bagi mengurangk­an kos penghantar­an anak ke pusat asuhan kanak-kanak.

Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai pendekatan proaktif yang diambil bagi memastikan anggota PDRM tidak terlibat dalam gejala rasuah, Masir berkata Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard yang ditubuhkan akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota yang didapati melanggar undang-undang. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia