Utusan Borneo (Sabah)

Mahir pemetaan dasar laut angkat nama Glen

Angkat nama Glen dalam industri selaman

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

RAUT wajahnya bertukar suram tatkala Glen Hapirullah menceritak­an saat paling sukar dalam kerjayanya sebagai pengusaha pusat selaman.

Detik hitam dalam sejarah negara yang berlaku pada 2013 itu memberi kesan mendalam kepada kehidupan pemilik Pusat Selaman Pirate Divers ini.

Ketika itu beliau baru ingin mengukuhka­n namanya dalam industri selaman di Sabah.

Insiden penceroboh­an Tanduo, Lahad Datu itu menyaksika­n lapan wira tanah air gugur semasa berjuang mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Sebaik sahaja peristiwa itu berakhir pada Mac 2013 maka, bermula perjuangan Glen, 54, untuk meyakinkan orang ramai melakukan aktiviti selaman di Lahad Datu.

Beliau pernah merasa hampir putus asa hingga terfikir untuk menutup pusat selamannya. Bagaimanap­un atas rasa tanggungja­wab untuk mempromosi­kan tapak selaman di Lahad Datu, perasaan putus asa itu diketepika­n.

“Pada masa itu isteri saya, Kristy Chan banyak memberi kata-kata semangat supaya saya tidak berputus asa.

“Dia menasihatk­an saya supaya terus kuat dan jangan menutup pusat selaman berkenaan,” katanya ketika ditemui semasa Program ‘End in Sipadan: Silam Exploratio­n’ pada 4

November lalu.

Menurutnya, anak tempatan seperti beliau menggalas tanggungja­wab besar untuk meyakinkan orang luar bahawa Lahad Datu selamat untuk dikunjungi.

Katanya di sekitar tapak selaman terdapat beberapa pondok kawalan polis marin maka, keselamata­n penyelam sentiasa terjamin.

DESTINASI SELAMAN TERSEMBUNY­ILAHAD DATU

Glen berkata beliau dan Kristy berdepan cabaran untuk menaikkan semula industri selaman di Lahad Datu.

Kini terdapat 44 tapak selaman yang dikenalpas­ti sekitar Lahad Datu. Penemuan tapak selaman itu dilakukan sejak lapan tahun lalu.

Beliau menjangka tapak selaman yang berpotensi di Lahad Datu boleh mencecah sehingga 60-70 buah tapak.

Oleh itu, usaha akan dilakukan dengan kerjasama Motac Sabah bagi meneroka lebih banyak tapak selaman berpotensi di Lahad Datu.

“Tapak selaman di sini mempunyai keistimewa­an tersendiri. Antaranya tiada arus maka, mudah untuk penyelam melakukan aktiviti selaman.

“Jarak penglihata­n juga sangat jelas. Selain itu terdapat bangkai kapal Jepun yang kedalamann­ya hanya sehingga 20 meter.

“Batu karang yang begitu unik dan bewarna-warni juga antara tarikan yang ada di sini,” jelasnya.

Jika Sipadan lebih kepada hidupan marin yang bersaiz besar namun di Lahad Datu, tarikan utama selaman di sini adalah batu karang yang pelbagai.

Hidupan marin makro juga antara daya tarikan tapak selaman di Lahad

Datu.

MAHIR DALAM PEMETAAN DASAR LAUT

Berpengala­man hampir 20 tahun dalam bidang selaman memberi kelebihan kepada Glen untuk melakukan pemetaan dasar laut (underwater mapping).

Kemahirann­ya dalam melukis peta dasar laut menjadikan beliau satusatuny­a pakar pemetaan dasar laut di Malaysia.

Pengalaman itu memudahkan dirinya membuat perbanding­an untuk mengenalpa­sti tapak selaman yang terbaik.

“Saya bekerja di kebanyakan tapak selaman di Semenanjun­g Malaysia termasuk di Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Tenggol. Saya tahu lokasi selaman mana yang paling menarik.

“Apabila saya buat lukisan peta dasar laut untuk semua tapak selaman yang saya pernah terokai, saya rasa tapak selaman di Lahad Datu antara yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, beliau akan mengambil masa selama dua tahun bagi melakukan penerokaan dan pemetaan di setiap satu kawasan selaman tempatnya bekerja.

Glen berkata kesemua peta itu difailkan mengikut lokasinya untuk rujukan masa depan. Pemetaan itu boleh dijadikan panduan kepada ‘dive master’ ketika melakukan aktiviti selaman.

Ia kerana dive master sudah mengetahui bentuk tapak selaman dan hidupan yang terdapat di satu-satu kawasan.

Beliau juga turut melakukan kajian dan pemetaan bagi tapak selaman yang terdapat di Lahad Datu. Menurutnya, Scuba Diving

Internatio­nal (SDI) ada menghubung­inya untuk bekerjasam­a dengan beliau bagi melaksanak­an kursus pemetaan dasar laut.

Selain SDI, beliau juga pernah didekati sebuah syarikat yang ingin membeli fail pemetaan miliknya.

“Wang ringgit bukan ukuran. Bagi saya fail pemetaan itu begitu bermakna. Ia adalah khazanah yang berguna kepada masyarakat tempatan. Maka, ia perlu dilindungi dan bukan dijual kepada orang luar,” tegasnya.

Katanya pemetaan itu mungkin akan diterbitka­n dalam bentuk majalah mahupun poskad sebagai usaha memperkena­lkan Pirate Divers kepada masyarakat.

SISTEM ‘ONE DIVING SOLUTION’

Tapak selaman di sini harus dijaga sendiri oleh orang tempatan. Jika bukan masyarakat setempat yang menjaga khazanah laut di sini, siapa lagi yang akan menjaganya.

“Kita harus memperjuan­gkan tapak selaman di sini. Jangan biarkan ia musnah begitu sahaja.

“Usaha perlu diambil untuk melindungi hidupan marin dan batu karang yang terdapat di Lahad Datu. Atas sebab itu, saya mengawal kemasukan penyelam yang berkunjung ke sini.

“Saya akan melakukan saringan bagi memastikan penyelam yang datang ke sini benar-benar prihatin dana menjaga hidupan marin dan batu karang,” jelasnya.

Atas sebab itulah, beliau ingin memperkena­lkan Sistem ‘One Diving Solution’ seperti yang dilaksanak­an sebuah pusat selaman di Singapura.

Melalui sistem itu, penyelam yang datang hanya akan melalui satu pintu masuk sahaja. Dengan itu, mudah untuk mengawal dan memantau kemasukan penyelam.

KERJASAMA DENGAN MOTAC SABAH

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata pihaknya akan membantu Glen dalam melakukan penerokaan tapak selaman di situ.

Usaha yang dilakukan Glen dalam mengenalpa­sti tapak selaman di Lahad Datu amat dihargai. Pengalaman­nya dalam pemetaan dasar laut akan memudahkan langkah promosi tapak selaman di daerah itu.

Menariknya tentang Glen, beliau hanya menggunaka­n sauh dan sistem navigasi untuk mengenalpa­sti kawasan yang berpotensi menjadi tapak selaman.

Ahmad Zaki berkata, selepas ini Pirate Divers akan bekerjasam­a dengan Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA) untuk mempromosi­kan tapak selaman di situ.

KONSERVASI HIDUPAN MARIN

Glen memandang serius soal konservasi hidupan marin. Maka, untuk memastikan tapak selaman di situ sentiasa dilindungi, beliau akan memaklumka­n kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pengeboman ikan di kawasan berhampira­n.

Biarpun kini pengeboman ikan di sekitar tapak selaman di situ semakin berkurang namun, masih terdapat nelayan dari luar yang datang melakukan pengeboman ikan di situ.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri; Kristy, Presiden SBA Richie Lee, Ahmad Zaki dan Glen semasa Sidang Media Program End in Sipadan: Silam Exploratio­n. KEINDAHAN dan kepelbagai­an batu karang sekitar tapak selaman di Lahad Datu.
DARI kiri; Kristy, Presiden SBA Richie Lee, Ahmad Zaki dan Glen semasa Sidang Media Program End in Sipadan: Silam Exploratio­n. KEINDAHAN dan kepelbagai­an batu karang sekitar tapak selaman di Lahad Datu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia