Utusan Borneo (Sabah)

Dua cedera, seorang dikhuatiri lemas dalam pelanggara­n bot

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Dua cedera manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas kejadian dua bot berlanggar di perairan Tambisan, di sini pada Khamis.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abdul Majid berkata, dalam kejadian itu, sebuah bot dikemudi Zamazi Zakaria, 31, dilanggar oleh sebuah lagi bot dari arah bertentang­an yang dikemudi Mohamad Yazer, 11, bersama dua rakannya, iaitu Asraf Jalani, 16, dan Abu Sabri Jalani, 18.

Susulan pelanggara­n itu, Zamazi yang tidak mengalami kecederaan membawa dua mangsa yang cedera, iaitu Mohamad dan Asraf ke Klinik Tambisan, manakala Abu Sabri masih belum ditemui.

“Kedua-dua bot terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan dari Pulau T am bisa n menuju ke T am bisa n Darat,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Wilayah Sabah dan Labuan menerima panggilan MERS 999 daripada rakan mangsa yang masih hilang pada jam 9 malam dan seterusnya mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 10.55 malam.

“Antara aset yang terlibat dalam operasi ini sebuah kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia, sebuah bot PPM, sebuah kapal TLDM, dua bot bomba dan lima bot penduduk kampung yang membuat pencarian merangkumi kawasan pada radius 5 batu nautika,” katanya.

M oh d K hai r ulan uar berkata, anggota Maritim Malaysia dari Pangkalan Maritim Lahad Datu turut menubuhkan bilik gerakan sementara di lokasi kejadian bagi memantau operasi SAR dijalankan.

 ??  ?? ANGGOTA Maritim Malaysia dari Pangkalan Maritim Lahad Datu turut menubuhkan bilik gerakan sementara di lokasi kejadian.
ANGGOTA Maritim Malaysia dari Pangkalan Maritim Lahad Datu turut menubuhkan bilik gerakan sementara di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia