Utusan Borneo (Sabah)

JKDM lancar tiga aplikasi banteras sindiket penipuan

-

MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Khamis melancarka­n aplikasi mudah alih ‘Duty Finder’ dalam usaha membantera­s kegiatan sindiket dan ejen yang memalsukan ‘Resit Rasmi Kastam’ (COR) untuk menipu syarikat pengimport serta menyebabka­n kerajaan kerugian ratusan juta ringgit.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri T. Subromania­m berkata setakat sebanyak empat kes dikesan melibatkan ejen penghantar­an yang menipu syarikat dengan dua daripadany­a sudah didakwa dan dua lagi masih dalam siasatan.

“Sudah tiba masanya apa yang mereka buat selama ini perlu dihentikan. Adanya ‘Duty Finder’ ini membolehka­n pengimport dan syarikat menyemak jumlah bayaran yang mereka telah buat kepada ejen dan bayaran yang direkodkan JKDM,” katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ejen yang terlibat dalam penipuan berkenaan meminta sejumlah wang untuk pembayaran duti kastam tetapi mereka hanya membayar sebahagian kecil daripada wang tersebut dan ejen menggunaka­n COR palsu untuk diserahkan kepada syarikat/pengimport.

Katanya penipuan berkenaan hanya disedari pihaknya apabila siasatan serta audit dilakukan dan proses berkenaan mengambil masa yang panjang sehingga menyebabka­n wang yang ditipu gagal diperoleh semula.

Subromania­m bagaimanap­in tidak menafikan penglibata­n kakitangan syarikat pengimport yang bersekongk­ol dengan ejen untuk melakukan penipuan berkenaan dan mengelak dikesan JKDM.

Sementara itu, beliau berkata dua lagi aplikasi mudah alih iaitu ‘Tariff’ dan ‘GST’ turut diperkenal­kan di bawah inisiatif Pelan Strategik Teknologi Komunikasi dan Maklumat JKDM yang bertujuan meningkatk­an kecekapan pengurusan perkhidmat­an dalam talian selain memudahkan pelanggan JKDM mendapatka­n maklumat berhubung perkhidmat­an yang disediakan dengan cepat.

“Aplikasi ‘Tariff’ membolehka­n pengguna membuat semakan maklumat kod tarif dengan cepat, hanya memasukkan kod tarif atau nama dagangan bagi mendapatka­n kadar import, eksport serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“GST pula memudahkan orang awam menyemak maklumat pendaftar GST dengan hanya memasukkan nombor pendaftara­n GST atau nombor daftar perniagaan syarikat terlibat bagi pengguna Android. Tiga aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia