Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­sa ‘cuba dihalang’ ibu

Ops Perdana AADK di Kg Balung-Cocos

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan penguatkua­sa Ops Perdana AADK terpaksa mengambil masa lebih 10 minit sebelum membawa keluar seorang pemuda dari rumahnya di Kg Balung-Cocos, di sini pada Rabu kerana terpaksa menenangka­n ibu pemuda terbabit.

Insiden berlaku berikutan keengganan si ibu untuk membiarkan anaknya ditahan oleh pasukan penguatkua­sa dan memberikan alasan pemuda terbabit ‘perlu bekerja esok’.

Malah, wanita berkenaan turut memarahi petugas media yang menyertai operasi itu dan mendakwa rakaman yang dibuat sengaja hendak memalukan mereka sekeluarga.

Wanita itu juga enggan menerima jaminan oleh penguatkua­sa bertugas yang memberitah­u akan

ABDUL Ghani menjawab soalan pemberita selepas berakhirny­a Ops Perdana AADK di Tawau, turut kelihatan Ketua Imigresen Tawau Noraini Rasi.

membebaska­n anaknya jika keputusan ujian saringan air kencing anaknya negatif.

Namun, usaha wanita itu gagal apabila pasukan penguatkua­sa bertegas membawa anaknya ke Pejabat Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau untuk saringan air kencing.

Pelaksanaa­n operasi di kampung itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu oleh penguatkua­sa AADK Tawau berdasarka­n rumah-rumah suspek yang dikenalpas­ti.

Selain di kampung itu, operasi turut diadakan di empat pusat hiburan sekitar Bandar Tawau dari jam 10 malam hingga 4 pagi, Khamis, dengan 45 suspek penagih ditahan.

Seramai 35 suspek berusia antara 18-40 tahun diberkas selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing yang diadakan di Pejabat AADK Tawau.

Turut ditahan, sembilan warga asing yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Penahanan mereka dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Penagih Dadah dan Pemulihan, manakala, pendatang asing ditahan menerusi Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Pegawai AADK Tawau Abdul Ghani Keruput berkata operasi bersepadu berkenaan dijalankan di Tawau selepas siri pertama di Kota Kinabalu dan siri kedua di Sandakan.

“Operasi ini turut disertai AADK Sabah, Labuan, Keningau dan Ranau, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Kastam, Rela, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Operasi ini untuk memastikan Tawau bebas masalah dadah dan usaha akan diteruskan dari masa ke semasa demi memastikan para penagih dirawat dan dipulihkan,” katanya.

 ??  ?? PENGUATKUA­SA AADK menggunaka­n kaedah diplomasi untuk membawa keluar pemuda ini (dua kanan) yang disyaki penagih dadah, selepas cuba dihalang oleh ibu pemuda terbabit.
PENGUATKUA­SA AADK menggunaka­n kaedah diplomasi untuk membawa keluar pemuda ini (dua kanan) yang disyaki penagih dadah, selepas cuba dihalang oleh ibu pemuda terbabit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia