Utusan Borneo (Sabah)

191 penduduk Kg Iburu berhak usahakan tanah 1,133 hektar

- Oleh JOHAN AZIZ

SIPITANG: Seramai 191 penduduk Kampung Iburu di sini khususnya pemilik berdaftar dalam geran komunal di kawasan tanah NCR dikategori­kan kumpulan sah dan berhak untuk mengusahak­an tanah berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampng (JKKK) Tuboh @Pauzin Kalabit berkata, mereka berhak untuk menentukan masa depan tanah seluas 1,133.20 hektar itu.

Menurut beliau, pengurusan bekas tanah NCR itu yang diberi kepada penduduk asal kampung itu kini bercelaru apabila Badan Bertindak Kampung Iburu mendakwa kononnya mereka adalah kumpulan yang diberi kuasa sedangkan mereka hanyalah sekadar peserta.

“Penduduk juga kurang senang dengan campur tangan orang luar yang mengeluark­an kenyataan dalam akhbar tempatan baru-baru ini, seolah-olah mereka mewakili penduduk Kampung ini sedangkan bukan pemastatut­in di situ malah tiada tersenarai sebagai ahli geran komunal di kawasan itu.

“Kami percaya bahawa kumpulan ini yang diketuai orang luar kawasan mempunyai kepentinga­n tersendiri dan dipercayai mempunyai sokongan kewangan daripada pihak tertentu di mana tujuannya untuk perniagaan jangka pendek.

“Bagaimanap­un, kami selaku pemegang geran komunal seramai 191 orang tidak akan tunduk kepada niat buruk mereka dan kami bersedia meneruskan program kerajaan untuk membangunk­an sosio ekonomi kami demi masa depan anak cucu kami,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Tuboh dan rakannya Palipus Ansuai @Palipus Yansakit yang merupakan anak jati di kampung itu menggesa penduduk asal yang terpedaya dengan janji manis kumpulan itu yang dianggarka­n kira-kira 15 orang termasuk ketua kampung supaya kembali ke pangkal jalan untuk bersamasam­a dengan mereka untuk meneruskan program yang dirancang kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia