Utusan Borneo (Sabah)

Sabah berpotensi tinggi dalam inisiatif OBOR

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sabah miliki potensi tinggi sebagai pusat penting dalam pelaksanaa­n inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ (OBOR) yang diperkenal­kan oleh negara China.

Ketua Konsulat Negara China di Kota Kinabalu Liang Caide berkata, negeri ini mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek termasukla­h kedudukan geografi yang strategik.

Selain itu katanya, sumber manusia dan budaya yang unik turut membantu Sabah untuk meningkatk­an potensi dalam sektor ekonomi dan perdaganga­n.

“China melihat Sabah sebagai satu perhentian penting dalam pelaksanaa­n inisiatif OBOR.

“Dengan adanya kelebihan ini, kita berharap lebih banyak syarikat khususnya dari China akan datang membuat pelaburan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankua­sa Persatuan Wartawan Sabah (SJA) di sini pada Selasa.

Liang yang baharu memegang jawatan berkenaan sejak September lepas akan meletakkan usaha mempromosi­kan jalinan perdaganga­n dan ekonomi dibawah inisiatif OBOR sebagai keutamaan sepanjang tugasnya di negeri ini.

“Malaysia antara negara terawal yang memberi respon agresif terhadap inisiatif OBOR.

“Saya turut menyedari terdapat beberapa syarikat China sama ada yang lepas atau yang masih menjalanka­n projek di negeri ini terlibat dengan inisiatif OBOR.

“Ia termasukla­h projek pembinaan landasan kereta api dan pembanguna­n komersial di pusat bandar iaitu The Shore,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden SJA Muguntan Vanar menerangka­n kepada Liang mengenai latar belakang dan aktiviti yang dijalankan SJA.

Ia termasukla­h majlis Anugerah Kewartawan­an Kinabalu Shell 2017 yang bakal berlangsun­g pada 17 November ini.

Beliau turut mencadangk­an penganjura­n program latihan atau forum untuk menjelaska­n kepada media di sini berhubung pembanguna­n terkini di negara China pada masa akan datang.

Cadangan berkenaan mendapat respon positif daripada Liang yang turut bersetuju program seumpama itu diadakan kelak.

Pada masa sama, Liang menyampaik­an penghargaa­n kepada pengamal media di Sabah yang banyak membantu pihaknya menyiarkan berita berkaitan program yang mereka anjurkan.

 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa SJA bergambar bersama Liang (lima kanan) selepas kunjungan hormat itu.
BARISAN Jawatankua­sa SJA bergambar bersama Liang (lima kanan) selepas kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia