Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n minyak 100 peratus menjelang pertengaha­n 2018

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pengeluara­n minyak di Kinabalu Wellhead Platform (KNDW-D) dijangka mencapai 100 peratus menjelang pertengaha­n tahun depan.

Pengarah Unit Perniagaan Malaysia Respol Oil & Gas Malaysia Limited Jorge Milathiana­kis berkata buat masa ini, pengeluara­n minyak hanya diperoleh melalui satu telaga minyak sahaja.

Selepas ini, mereka akan menggerudi lapan lagi telaga minyak bagi memastikan pengeluara­n maksimum dapat dilakukan menjelang Jun mahupun Julai 2018.

Beliau berkata demikian semasa Acara Memperinga­ti Pengeluara­n Minyak Pertama KNDW-D, di sini pada Khamis.

Pelantar KNDW-D secara purata akan menyumbang kepada pengeluara­n gabungan 15,000 tong minyak sehari dan gas sebanyak 30 MMscfd (Million Standard Cubic Feet per day).

Sehingga 1 November, pengeluara­n minyak yang direkodkan adalah 11,012 tong minyak sehari.

Pelantar Kinabalu itu terletak di 55km barat, barat laut Labuan pada kedalaman air hampir 54 meter. Terdapat jambatan menghubung­kan pelantar sedia ada KNDP-A.

Pada Khamis, Repsol mengadakan acara memperinga­ti hari bersejarah kepada pembinaan Pelantar Kinabalu selepas pengeluara­n minyak pertama berjaya dilakukan pada 29 Oktober. Acara berkenaan disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Jambatan yang menghubung­kan pelantar minyak di KNDW-D itu dibina pada 8 Jun. Untuk tahun hadapan, Repsol akan meneroka 15 telaga minyak di seluruh Malaysia.

Pelantar KNDW-D mempunyai 1,000 tenaga kerja terdiri daripada kakitangan pengurusan projek, jurutera terlatih, penyelia dan pekerja terlatih.

 ??  ?? JORGE (tengah) menyempurn­akan acara simbolik kejayaan projek pembanguna­n semula Kinabalu selepas pengeluara­n minyak pertama berjaya dilakukan, turut kelihatan Pengurus Aset Repsol Shreeram Lom (kiri) dan Penasihat Hubungan Kerajaan & Komuniti Repsol...
JORGE (tengah) menyempurn­akan acara simbolik kejayaan projek pembanguna­n semula Kinabalu selepas pengeluara­n minyak pertama berjaya dilakukan, turut kelihatan Pengurus Aset Repsol Shreeram Lom (kiri) dan Penasihat Hubungan Kerajaan & Komuniti Repsol...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia