Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai disaran bawa beg eko

Bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Orang ramai di negeri ini disaran supaya sentiasa membawa beg eko ke mana-mana sahaja bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia selaras dengan pendekatan strategi baharu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) iaitu Bawa Beg Bah (3B).

“Strategi 3B ini adalah penjenamaa­n semula kempen penguranga­n penggunaan beg plastik yang mana setakat ini sebanyak 381 penyertaan diterima.

“Pelancaran­nya sudah kita adakan pada 20 Jun lalu dan sejak hari itu kita menerima penyertaan baharu daripada 17 premis,” katanya pada Majlis Pengiktira­fan Semula Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Yuk Inanam sebagai Sekolah Tanpa Sampah dan penyertaan kempen penguranga­n penggunaan beg plastik, di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi DBKK Noorliza Awang Alip.

Selain itu, Yeo menyeru mana-mana sekolah termasuk SK Lok Yuk untuk bersama menyokong dan seterusnya melaksanak­an Program Menjahit Beg Eko sebagai salah satu program sekolah selaras dengan Strategi 3B.

Katanya, inisiatif sedemikian harus dilaksanak­an secara bersepadu dalam meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n alam sekitar dan seterusnya menjadikan­nya sebagai sebahagian budaya masyarakat di bandaraya ini.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada warga SK Lok Yuk yang menerima pengiktira­fan semula sekolah tanpa sampah sejak pengiktira­fan pertama pada 2011.

Katanya, ia jelas membuktika­n bahawa sekolah itu komited untuk menyahut cabaran menyokong Kempen Anti Kutu Sampah.

“Strategi 3B ini adalah penjenamaa­n semula kempen penguranga­n penggunaan beg plastik yang mana setakat ini sebanyak 381 penyertaan ” diterima. DATUK YEO BOON HAI Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

(tiga kanan) bersama tetamu kehormat, guru dan murid-murid merakam gambar kenangan sambil memegang beg eko.

“Dengan pengiktira­fan ini, sekolah SK Lok Yuk adalah daripada 77 sekolah yang mendapat pengiktira­fan di kawasan bandaraya.

“Manakala, jumlah keseluruha­n melibatkan premis atau zon tanpa sampah yang diiktiraf pula sudah mencecah 173 sejak Kempen Anti Kutu Sampah DBKK dilancarka­n pada 3 Mei 2008 lalu,” katanya.

Justeru, beliau berharap pengurusan sekolah itu akan terus memastikan kawasan sekolah dan sekitarnya adalah bebas sampah pada setiap masa.

Katanya, pengiktira­fan itu boleh ditarik semula atau ditamatkan sekiranya didapati masih ada sampah sarap dibuang di kawasan persekitar­an dalam dan luar sekolah.

Pada majlis itu, turut berlangsun­g Majlis Penangguha­n Kem EcoSchool Siri 4/2017 yang disertai oleh beberapa murid dari sekolah rendah sekitar bandaraya ini.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Lok Yuk Elizabeth Lok Fae Ling dan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitar­an DBKK Robert Lipon.

 ??  ?? NOORLIZA
NOORLIZA
 ??  ?? NOORLIZA (dua kiri) menyampaik­an sijil pengiktira­fan semula SK Lok Yuk Inanam sebagai Sekolah Tanpa Sampah kepada Elizabeth.
NOORLIZA (dua kiri) menyampaik­an sijil pengiktira­fan semula SK Lok Yuk Inanam sebagai Sekolah Tanpa Sampah kepada Elizabeth.
 ??  ?? MURID SK Lok Yuk yang turut hadir pada majlis berkenaan.
MURID SK Lok Yuk yang turut hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia