Utusan Borneo (Sabah)

Kerani sekolah mengaku tidak bersalah rogol anak

-

KOTA KINABALU: Seorang kerani sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol anaknya yang berusia tiga tahun 11 bulan.

Bagaimanap­un tertuduh berusia 47 tahun yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Hakim Ainul Mohd Shahrin menetapkan pada 24 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes, dan pada 4 hingga 6 Jun tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap tertuduh. Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh 30 tahun dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan berkenaan pada 31 Oktober pada siang hari, di rumah sebuah kampung, daerah Kota Belud.

Terdahulu Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja membantah tertuduh diberikan ikat jamin.

Bagimanapu­n tertuduh memohon agar ditawarkan jaminan kerana mahu menyara ibunya, disamping mendapatka­n khidmat guaman.

Mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 dibayar penuh yang dicagarkan seorang penjamin tempatan, selain memerintah­kan tertuduh tidak mengganggu saksi.

Ainul juga memerintah­kan tertuduh melaporkan dirinya di Balai Polis Kota Belud, mengikut masa yang ditetapkan.

Pihak pendakwaan turut memaklumka­n 14 saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan, ketika pendengara­n kes di Mahkamah Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia