Utusan Borneo (Sabah)

Warga MPS lafaz IBR

Demi penuhi aspirasi, keperluan dan ekspektasi rakyat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Warga Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) di sini telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha meningkatk­an nilainilai integriti, akauntabil­iti dan budaya kerja yang cemerlang.

Lafaz ikrar itu diketuai oleh Presiden MPS Datuk Ir James Wong bersama warganya yang disaksikan oleh Penolong Kanan Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan Suhaimi Manaf.

Dalam ucapannya, James berkata penjawat awam pada masa kini berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha memenuhi aspirasi, keperluan dan ekspektasi rakyat.

Katanya, ia ditambah dengan peningkata­n tahap pendidikan, taraf hidup dan perkembang­an teknologi maklumat yang semakin menjadi cabaran dan dorongan dalam memberikan perkhidmat­an kelas pertama kepada masyarakat.

Selari dengan itu, beliau berkata penjawat awam perlu memastikan tuntutan itu dilaksanak­an dengan penuh cekap, berkesan, telus, adil, amanah serta tidak ada berlaku sebarang penyelewen­gan serta salah guna kuasa.

“Warga MPS tidak terkecuali dalam berhadapan cabaran dan tuntutan ini. Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merupakan kerajaan ketiga dalam struktur pentadbira­n negara, kita mempunyai tanggungja­wab yang besar dalam menjalanka­n tugas dengan penuh amanah, jujur, berdisipli­n dan seterusnya menjaga nama baik dan imej negeri dan negara.

“Ikrar Bebas Rasuah pada hari ini adalah salah satu usaha kita untuk mencapai hasrat itu

JAMES (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Suhaimi.

serta melahirkan modal insan yang bertanggun­gjawab, beramanah dan berintegri­ti dalam pelbagai aspek pelaksanaa­n tugas.

“Ia menunjukka­n komitmen pengurusan dalam menjadikan MPS sebagai salah sebuah PBT yang telus dan amanah dalam memberikan perkhidmat­an yang mana ini akan dapat meningkatk­an kepercayaa­n pelanggan terhadap kualiti dan perkhidmat­an yang diberikan,” katanya.

Mengulas lanjut, James berkata tugas meningkatk­an nilai-nilai integriti dan kecekapan pengurusan tadbir urus kerajaan merupakan tanggungja­wab bersama.

Katanya, semua penjawat awam MPS perlu berganding bahu untuk memperkasa­kan nilai-nilai murni dan integriti, yang merupakan tunjang dan teras kepada pembentuka­n sebuah organisasi yang cemerlang.

Jelasnya, organisasi akan dapat melahirkan modal insan yang lebih beramanah, beretika dan bertanggun­gjawab.

“Oleh itu, saya menyeru agar semua warga kerja MPS untuk mendaftark­an diri sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) SPRM bagi menyumbang tenaga, buah fikiran dan menyebar mesej anti rasuah kepada seluruh masyarakat.

“Saya juga berharap agar lafaz ikrar ini bukan sekadar memenuhi seruan pihak SPRM untuk membantera­s gejala rasuah, tetapi juga sebagai satu pemangkin yang dapat meningkatk­an lagi motivasi warga kerja MPS untuk melaksanak­an tugas dalam persekitar­an yang kondusif serta berupaya memberi nilai tambah kepada organisasi, negara dan rakyat.

“Saya juga berharap dengan termeterai­nya ikrar ini, semua warga MPS akan memberikan komitmen penuh a gara payang diikrarkan akan dikotakan dan berupaya menjadikan MPS sebagai sebuah organisasi yang memberikan perkhidmat­an kelas pertama yang cemerlang,” jelasnya.

 ??  ?? WARGA MPS melafaz IBR dalam satu majlis di Dewan Masyarakat Sandakan, Khamis.
WARGA MPS melafaz IBR dalam satu majlis di Dewan Masyarakat Sandakan, Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia