Utusan Borneo (Sabah)

Tabika Kemas platform bina diri

Ibu bapa perlu aktif jayakan pembelajar­an anak

-

TUARAN: Taman Bimbingan KanakKanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) merupakan platform terbaik bagi kanak-kanak belajar dan membina keyakinan diri agar potensi mereka dapat dikembangk­an.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata penubuhan Tabika/Taska Kemas diharap dapat memberi kemudahan kepada kanakkanak untuk belajar sekaligus menguasai kemahiran seperti komunkasi, berfikiran aras tinggikema­hiran manupulati­f, kognitif dan lain-lain lagi sebagai persediaan melangkah ke alam persekolah­an yang lebih mencabar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mini Konvokesye­n Tabika/Taska Kemas Peringkat Daerah Tuaran di Dewan Seri Sulaman, di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menyeru para ibu bapa kanak-kanak tabika/taska agar melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam proses pembelajar­an kanakkanak.

Beliau turut menyambut baik penganjura­n konvokesye­n mini itu yang memberi pendedahan awal kepada anak-anak merasai sendiri majlis graduasi.

Lebih 500 murid Tabika/Taska Kemas yang menggabung­kan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Sulaman, Tamparuli dan Kiulu di bawah kawasan Parlimen Tuaran memperoleh­i sijil graduasi mereka di konvokesye­n itu.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Induk Hj Noorzain H j T awi diikuti oleh Timbalan Pengarah Kemas Negeri Sabah Muhamad Abu Bakar yang mewakili Pengarah Sharulniza­m Jantan.

Selesai perasmian, para hadirin telah dihibur oleh nyanyian solo oleh Aswatul Ahmadiah Ahmad dari Tabika Kemas Taman Sri Rugading yang membawa lagu Sampai Atai.

“Para ibu bapa kanak-kanak tabika/taska agar melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam proses pembelajar­an kanak-kanak ” DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Manakala muridmurid dari Tabika Kemas Kg Simpangan telah mempersemb­ahkan tarian Bollywood.

Hadir sama di majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tuaran Mohd Sofian Nair, Setiausaha Politik Abdul Kassim Hj Razali, Pegawai Kemas Daerah Tuaran Fitriawati Osman dan Pengerusi Majlis Pembanguan Wanita dan Keluarga Tuaran Jamaliah Antalip.

 ??  ?? HAJIJI dan Muhamad (kiri) di majlis itu.
HAJIJI dan Muhamad (kiri) di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia