Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Surau Al Jannah imarah surau dengan ceramah

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Surau Al Jannah Taman Sepanggar telah mengimarah­kan suasana surau dengan mengadakan ceramah keagamaan bertajuk Hijrah dari sudut pandangan Islam dan kehidupan.

Ceramah disampaika­n oleh Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dari Papar yang merupakan seorang penceramah bebas Jheains.

Antara lain, pengisian ceramah adalah seruan kepada semua umat Islam yang bermula dari umur kanakkanak sehingga dewasa wajib melaksanak­an seruan solat agar kehidupan didunia dan diakhirat akan sentiasa aman dan dimuliakan Allah.

Malai Ali berkata menghijrah­kan amalan Rasulullah kepada umat Islam semanjak dari zaman kanak-kanak adalah satu perkara yang terbaik agar apabila dewasa kelak amat mudah melaksanak­annya bak kata melentur buluh biar dari rebungnya.

Justeru, beliau menyeru para ibu bapa supaya sentiasa prihatin terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka agar tidak mengabaika­n seruan tiang agama yang tiada hentinya.

Ketika ditemui, Pengerusi Surau Al Jannah Haji Manap Haji Jainudin berpuas hati dengan sambutan para penduduk kerana telah memberikan kerjasama dan menyerikan lagi pengimarah­an suasana surau di perumahan itu.

“Walaupun pemakluman jemputan ceramah berkenaan dibuat terlalu singkat, namun atas kerjasama dan ukuah keagamaan di sekitar perumahan ini, ia telah dapat

PARA hadirin mengaminka­n bacaan doa oleh Malai Ali di Surau Al Jannah.

dihebahkan dengan berkesan dan mendapat sambutan terbaik,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa surau kerana telah melaksanak­an tugas dengan amat cemerlang sehingga program itu berjalan dengan lancar.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Surau Al Jannah serta para hadirin merakamkan gambar kenangan bersama Malai Ali.
AHLI Jawatankua­sa Surau Al Jannah serta para hadirin merakamkan gambar kenangan bersama Malai Ali.
 ??  ?? PARA penduduk Islam Taman Sepanggar mendengar ceramah daripada Malai Ali.
PARA penduduk Islam Taman Sepanggar mendengar ceramah daripada Malai Ali.
 ??  ??
 ??  ?? MALAI Ali (kiri) bersama Manap.
MALAI Ali (kiri) bersama Manap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia