Utusan Borneo (Sabah)

Komited turun kadar jenayah

K’jaan laksana sistem pendigital­an aset dan operasi polis

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanak­an sistem pendigital­an aset dan operasi dalam kepolisan moden untuk menambah baik kecekapan membantera­s jenayah, dan kadar jenayah disasarkan turun sebanyak 53.2 peratus melalui pemasangan peralatan canggih sistem itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem pendigital­an aset dan operasi polis itu juga bertujuan menjaga keselamata­n awam di negara ini.

“Kalau kita lihat persepsi rakyat tidak mencapai 47 peratus dalam perkara ini dan masyarakat sebenarnya perlu memberi kepercayaa­n dengan keupayaan dan aset polis dalam pembantera­san jenayah dan menjaga ketenteram­an awam dalam negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini pada Khamis.

Sistem pendigital­an itu termasuk pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup Pengesanan Automatik Berdefinis­i Tinggi secara berperingk­at dalam tempoh dua tahun.

Menerusi pembuktian konsep (POC) yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua bulan, Ahmad Zahid berkata sebanyak 200 kawasan titik panas telah dikenal pasti melibatkan tiga kategori iaitu pelakuan jenayah kerap, pengedaran dan penagihan dadah serta kawasan kemalangan jalan raya.

“(Menerusi) Tracking HD CCTV, sebarang pelakuan jenayah akan dipantau dan diikuti oleh kamera untuk menjejaki penjenayah mengikut piawaian antarabang­sa.

“CCTV sedia ada boleh rakam gambar tetapi tidak boleh ikut orang pergi mana tetapi CCTV baharu ini boleh ikut (jejak),” katanya

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ketika ini Pemandu sedang menunggu laporan POC daripada PDRM, sebelum agensi itu melihat kepada penggunaan teknologi dan pakej kewangan sederhana dan berjangka panjang.-Bernama

Beliau berkata Pemandu akan menimbangk­an kelulusan pemasangan kombinasi, kompleks perniagaan serta agensi-agensi lain agar peralatan digital canggih itu tidak hanya digunakan oleh satu pihak tetapi boleh dikongsi bersama.

“Ia memerlukan pelaburan tinggi tetapi ada penyelesai­an pembelian perkakasan itu mengikut tempoh perkhidmat­an lebih 15 tahun mengikut teknologi sedia ada, tetapi jika ia berubah perlu diteliti menaik taraf atau menukar peralatan,” katanya.Bernama

“CCTV sedia ada boleh rakam gambar tetapi tidak boleh ikut orang pergi mana tetapi CCTV ” baharu ini boleh ikut (jejak) DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaik­an ucaptama semasa Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini pada Khamis.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaik­an ucaptama semasa Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia