Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan belum bercadang selaraskan pencen pesara ATM

-

KERAJAAN belum bercadang untuk membuat pelarasan pencen bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana langkah itu melibatkan penjawat awam lain dan implikasi kewangan yang besar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein (gambar).

Beliau berkata buat masa ini kerajaan memperkena­lkan beberapa insentif lain seperti Bantuan Bakti Negara, Skim Anuiti Veteran, kenaikan Skim Hilang Upaya Veteran dan bayaran Insurgensi Khas kepada veteran yang hilang upaya sebelum 2001.

“Kementeria­n telah dan terus merancang untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan sama ada kepada yang berpencen atau tidak berpencen dan tumpuan khas adalah kepada usaha kita mengurangk­an bebanan kos sara hidup veteranvet­eran kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Khamis.

Hishammudd­in menjawab pertanyaan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu bilakah pelarasan pencen anggota ATM dapat dilaksanak­an.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, berkata sebelum 2013, apabila skim gaji baharu ATM diperkenal­kan, kadar pencen pesara ATM telah turut dilaraskan.

Katanya pelarasan pencen bagi semua bekas tentera yang berpencen dilaksanak­an mengikut Peraturan Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

“Sebagai satu simulasi, pesara ATM berpangkat pegawai Waren 1 yang bersara pada 1978 dengan gaji semasa RM1,120 menerima pencen sebanyak RM560, bagaimanap­un selepas beberapa kali pelarasan pencen beliau, pada 2017 menerima RM1,544.75,” katanya.

Hishammudd­in berkata pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar pencen minimum kepada RM1,000 bagi pesara tempoh perkhidmat­an 25 tahun dan turut terpakai kepada anggota-anggota lain pangkat ATM yang berkhidmat selama 21 tahun.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran yang mahu Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberikan peranan melaraskan pencen bagi pesara anggota ATM, Hishammudd­in berkata majlis itu hanya melibatkan perkara berkaitan pemerintah­an ATM seperti diperuntuk­kan dalam perkara 137 Perlembaga­an Persekutua­n Angkatan Tentera 1972.

“Dari segi undangunda­ng, MAT tiada pilihan perkara berkaitan dengan perbelanja­an (gaji dan elaun) kerana ia hendaklah diluluskan melalui Parlimen dan Kementeria­n Kewangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia