Utusan Borneo (Sabah)

Durian Malaysia jadi ‘fenomena’ di China

-

DURIAN Malaysia terutama ‘Musang King’ mendapat sambutan luar biasa di China apabila lebih 150,000 rakyat negara itu mengunjung­i Festival Durian Malaysia 2017 (MDF2017) di Nanning, baru-baru ini untuk menikmati keenakan durian Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sungguhpun eksport ‘raja buah’ itu ke China masih lagi kecil, ia menunjukka­n potensi yang besar dan boleh dijadikan sumber kekayaan baharu negara.

“Penganjura­n festival durian di Nanning baru-baru ini berjaya menarik lebih 150,000 pengunjung yang datang semata-mata untuk merasa seulas durian kita dan ia dianggap suatu fenomena.

“Namun, pengekspor­tan durian ke China masih lagi di peringkat yang rendah. Kalau dilihat paten eksport ke China pada 2015 adalah sekitar RM23 juta berbanding RM18 juta pada tahun lepas, ia adalah kecil berbanding keseluruha­n jumlah eksportsek­itar RM74 juta,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BNSimpang Renggam) mengenai status terkini pengekspor­tan durian ke negara China dan kesan kepada industri serta pekebun durian tempatan.

Penganjura­n festival tersebut merupakan inisiatif proaktif serta faktor daya tolak untuk mempercepa­t kelulusan laluan pasaran ke China.

“Kita sedang berusaha mendapatka­n kelulusan pihak berkuasa China bagi pengekspor­tan durian sejuk beku dalam bentuk biji berikutan permintaan yang semakin meningkat di negara itu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia